Author Archives: En. Bilik Sebelah

(Idea Lucu) Cara Tidur Yang Berkesan!

Imej

1. Pejam Mata. Mesti kene pejam mata kalau nak tidur. Mana ada orang buka mata. kan?

2. Tengok Drama Melayu. Bila dah bosan, pasti ngantok.

3. Senaman Malam-Malam. Dah penat dan berpeluh, pasti senang tidur punyelah.

4. Tengok Cerita Hantu. Dah takut, apa lagi…. Ambil bantal, tutup muka, tido.

5. Buat Asignment atau Kerja Rumah Matematik. Bila dah blur, tidor la kaedah paling berkesan dan mujarab.

6. Mandi, Bukak Baju, Pasang Air-Cond, Jangan Selimut. Dah sejuk, mesti sedap tidur.

7. Dengar Ringtone Polyphonic atau Monophonic Handphone Anda. Pasti sawan dengar lagu tanpa suara lama-lama.

8. Tutup TV, Tutup Lampu, Duduk Kat Ruang Tamu. Dah gelap, panas, masuk tido lagi baek!

9. Duduk Sorang-Sorang Kat Dalam Bilik. Dah tak ada kojo, tido je lah. Buang maso.

10. Telan Panadol 10 biji. Tidur selamanya.

Advertisements

Kehidupan Baru..

Assalamualaikum semua..~!!

Huh, lama giler la tak menulis.. Almaklumlah, kekurangan teknologi (line internet) untuk orang yang baru bekerja mmg tidak dinafikan.. hehe.. mana nak bayar duit sewa rmh lg, duit keta lg.. kan?

Ape pun, sekarang ni, aku sudah ada kehidupan baru.. Pejam celik, dah 8 bulan aku bekerja.. Sebagai Che’gu.. Hehe.. Dulu masa belajar, tak sabar nak habiskan.. Nak pegang duit sendiri.. Tapi skrg, rindu pulak nak belajar semula.. Tak payah fikir ape2.. No stress..

Read the rest of this entry

Aku datang, Aku pergi..

copy dari mumu-msr.blogspot.com

Salam..

Maaflah kepada semua terutama kepada Avatar dan Zahra.. Sebab dah lama sangat aku tak tulis pape.. Memang aku sibuk banyak, bukan sikit.. Lagipun internet masih belum dipasang di rumah sewa ku.. Tunggu la bulan 3, Streamyx mari.. hehe..

Kepada yang nak tau, atau yang tak tahu lagi, aku sudah dipostingkan sebagai guru di sebuah sekolah di kawasan Sungai Tiram, area Ulu Tiram berdekatan dengan JB, Kota Tinggi dan Pasir Gudang.. Mmg serius, sebelum ni aku tak pernah dengar pun daerah Ulu Tiram ni.. Nama lagi Ulu kan.. Hehe.. Sama la macam rumah aku, dekat dengan ULU YAM.. Read the rest of this entry

Terakhir Kali..

Assalamualaikum..

Terlalu lama rasanya sudah tak menulis kat blog ni. Mungkin ini adalah saat2 terakhir aku menulis entri, sebab lepas ni tak tahu la aku akan berada di mana..

Tanggal 25 hb November 2009, Rabu, pukul 12.30 pagi, secara rasminya aku telah menghabiskan pelajaran ku di IPGM Kampus Pendidikan Teknik.. Setelah 5 tahun setengah aku berjuang untuk sekeping ijazah, akhirnya aku sudah tamat peperangan ini.. Hehe..

Tapi bila nak tinggalkan rakan2, jadi sedih pulak.. Rasa sayang pada “maktab” tibe2 je ada.. hehe.. Ape pun, akan aku cuba bawak kenangan ni sampai bila2..

Surat lantikan guru DC41 sudah aku dapat, tinggal sekarang, kemanakah aku akan ditempatkan? Aku tak kisah ke mana pun, aku tak kisah walau ke Sabah atau Sarawak.. Sebab sekarang aku percaya yang ALLAH bagi apa yang terbaik untuk aku.. Memang dulu aku berharap sangat dapat Selangor, tapi sekarang aku berserah je..

Harapan aku, walau kat mana pun aku posting, yang penting aku dapat sekolah yang mempunyai rakan guru yang sekepala.. walaupun berbeza umur.. tu yang penting.. Ape pun, aku akan bgtau aku posting mana nanti k..

Erm, akhir kata, SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua terutama kepada Arip, Zahra, Rean, Ixora, dan kawan blogger lain, dan kepada adik2 ku, Arip dan Zahra, Selamat Berjuang dan Selamat Berjaya ok..

Check-Lah Saman Anda!

Sempena Raya ni, sudah pasti banyak OPS2 dan Speed Trap yang dipasang dilebuh-lebuh raya bukan?

Anda pasti suka suki nak balik ke kampung halaman dengan cepat dan pantas.. Kalau setakat 120 km/j – 140 km/j tu kira biasa lah kan? huhu.. So, jika anda bernasib baik, maybe kamera Speed Trap tu tak dapat tangkap no plat kereta anda yang laju itu.. huhu..

Tapi, jika tidak… Aduhai.. (Tepuk dahi anda!)

Selepas Raya ni, adalah baik jika kita check saman kereta kita.. Simple je..

————–xoxo————–

SMS-kan ke:

POLIS<jarak>SAMAN<jarak>NO PLAT KERETA

dan hantar ke:

32728

————–xoxo————–

contoh:

POLIS SAMAN ABC1234

hantar ke 32728

————–xoxo————–

Setiap SMS akan dicharge RM0.50..

Bagi yang naik bas balik kampung tuh, tak payah la nak buang 50 sen check saman bas korang.. hehehe.. Yang naik tren tu pon.. Takkan polis nak saman tren.. hahaha..

P/S: Tak nampak pon kelibat Evo-10 polis menyusur lebuh raya utara selatan.. Slalu nampak kat Cheras.. Tahan kancil.. Aduhai..

Ok, Selamat Puasa 6!

Selamat Hari Raya versi 1Malaysia

Kami… Khairuddin (Mr.BS), Arif Anwar (Avatar Aang) dan Zahra dari biliksebelah.wordpress.com ingin mengucapkan..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua pengunjung blog biliksebelah ini.. Kami memohon seribu kemaafan kepada sesiapa yang terasa jika ada entri2 kami yang terlanjur kata..

Semoga Syawal ini, anda dapat bergembira bersama keluarga dan orang yang tercinta dan semoga Ramadhan tahun ini memberi sejuta keberkatan kepada anda semua.. ya?

Mr.BS raya kat KL je raya pertama, raya kedua baru kat Kuala Kangsar, Perak.. raya ke 5 ada di Kedah! hehehe.. Avatar Aang maybe balik Johor kot, dan Zahra musti balik Kedah punya.. Jadi, korang? kemana?

Bagi yang nak balik kampung, hati2 taw.. huhu.. ingat! had kelajuan telah dikurangkan dari 110 km/j kepada 100 km/j sahaja.. awas! Jangan laju2..

Akhir kata, nikmatilah lagu Raya baru dari Raihan dan Hujan.. Read the rest of this entry

Tag Pecah Rahsia

Kepada kak nurnana yang baik hati mengtag aku, aku ucapkan trimas! hehe.. kak nana siap infrom kat facebook, aduhai.. jadi wajiblah aku membuatnya bagi kepuasan kak nana (kang dia tak nak tag lagi, baru tau.. hehe)

———-xoxo———–

1. Apakah yang anda lakukan 30 minit yang lalu?

-Baring2.. hari ni tak ada mood..

———-xoxo———–

2. 2 jam yang lalu?

-Tunggu berbuka puasa..

———-xoxo———–

3. Minggu lepas?

-Pergi sekolah, balik tidor, bangun berbuka, malam tidor.. yes!

———-xoxo———–

4. Tiga lagu yang anda boleh dengar berulang kali?

a. lagu Negaraku

b. lagu Raya

c. lagu selamat hari jadi

———-xoxo———–

5. 3 binatang yang anda tidak suka?

a. Mak Menti

b. Cik Li

c. Kucheng Read the rest of this entry

Pulang Kepada-NYA

Dulu, kita telah mendengar berita kematian artis – artis popular seperti Micheal Jackson, Yasmin dan Ustaz Asri di kaca-kaca TV. Namun, bagi aku yang tiada kene mengena dengan mereka semua ini, tak lah berasa apa2 pun.

Nak kata sedih, tak.

Nak kata pilu, tak.

Nak kata sebak, tak.

Nak kata kehilangan, tak.

Namun, ALLAH Maha Hebat. Pada akhir Ramadhan ini, aku telah rasakan betapa peritnya rasa sedih itu, bagaimanakan rasa pilu itu, dan sekeras manakah rasa kehilangan itu. Read the rest of this entry

Kau dah tua dah wei!

Entri ringkas, tapi harapnya penuh bermakna buat tuan empunya diri tuh..

Kepada Avatar Aang,

Kami En.Bilik Sebelah dan Cik Zahra serta semua pengujung ingin mengucapkan SELAMAT HARI JADI

Kami doakan moga kamu: Read the rest of this entry

Apa punya tur..

Mana AvatarAang? Mana Zahra?

Ucapan Ramadhan tak da, Ucapan Raya tak da.. Ucapan Merdeka tak da, Ucapan Nuzul Quran tak ada.. aduhai aduhai..

Kalau kat ofis swasta ni, boleh kene fired.. hehe.. Donald Trump pon boleh pening kalau blog dia tak update tau!

Aku lain la, masa kurang… Siang pg skolah, malam wat kojo.. lesson plan.. tarawih lagi ha..

Korang tipu ah kalau korang kata korang wat assignment hari2.. dh 5 tahun aku blajar.. aku tau la.. hehe..

Cepat, lapor diri sekarang! wat entri baru! ehey…

ehey.. apa punya tur..