Author Archives: zahra

Me back

Assalamualaikum semua…
Pertamanya, saya ingin memohon kemaafan daripada MR BS dan Avatarang kerana sudah lama sangat menyepi …Kini saya sudah kembali…
Maaf juga kepada pembaca kerana lama menyepi tanpa post2 yang terbaru. Maaf, maaf dan maaf. Maaf kerana saya terlebih bagi tumpuan untuk blog kelab yang saya sertai iaitu Kelab Asy-Syakirin sehinggakan terlupa tugas saya disini.
Terima kasih kepada Avatarang dan MR BS yang masih tidak berputus asa untuk menghidupkan blog ini. Abang-abang sekalian, adikmu dah kembali dari tidur yang amat panjang hehe…
Perkembangan terbaru? Hurm ,nantikan kemunculan album single terbaru saya yang berjudul bunga yang layu kembang semula….haha, macam artis ja. Percaya? Sorang-sorang kena kelentong. Suara saya nie x der la sedap macam Siti Nurhaliza tue, cukuplah buat album dalam bilik ja. Alhamdulillah, berjaya melepasi tahap pra ijazah dan kini sudah hamper ke penghujung semester 1 ijazah perguruan. Menjawab soalan Avatarang dalam postnya tempoh hari, saya masih bergerak secara solo lagi..hehe.
Akhir sekali kepada peminat a.k.a stalker bilik sebelah, nantikan post saya yang seterusnya…

Syubhah dalam MLM…


Assalamualaikum

, بسم الله الرحمن الرحيم إن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره, ونعوذ باالله من شرور انفسنا ومن سيئات اعمالنا, من يهده الله فلا مضل له ومن يضلل فلا هادي له. ونشهد أن لا إله الا الله وحده لاشريك له ونشهد أن محمدا عبده ورسوله.

Di dalam artikel ini saya ingin kemukakan beberapa kesalahan dan syubhat yang terdapat dalam sebahagian perniagaan MLM yang umum mengetahui bagaimana sistem itu beroperasi iaitu seperti sistem ‘piramid’. Artikel ini tidak ditujukan kepada mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan MLM secara khusus. Hanya secara umum sahaja. Jika perniagaan tersebut terdapat syubhat yang disenaraikan di sini, dinasihatkan supaya meninggalkannya dan bertaubat kepada Allah. Perlu diingatkan tidak semua syubhat yang dinyatakan di sini terdapat dalam semua perniagaan MLM, tetapi hanya sebahagian sahaja. Namun begitu, terdapat juga syarikat yang telah mendapat sijil pengiktirafan pengesahan dan kepatuhan syariah. Tetapi jika terdapat juga sebarang bentuk syubhat di dalamnya disarankan untuk meninggalkannya kerana rujukan kita adalah al-Qur’an dan hadis bukannya sijil yang dikeluarkan oleh sebuah negara yang kurang mengamalkan undang-undang Islam secara keseluruhannya sebagaimana hadis ini:

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ ”

Telah aku tinggalkan untuk kalian, dua perkara yang kalian tidak akan sesat selama kalian berpegang teguh dengan keduanya; Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya.”(Riwayat Malik:1395)

Syubhat 1: Dua belian (akad) dalam satu akad.

Ini berlaku apabila ada sebahagian syarikat MLM yang membuka pendaftaran ahlinya, setiap ahli perlu membayar sejumlah wang disebut yuran, tidak dapat dipastikan sama ada yuran tersebut untuk membeli kedudukan di dalam rangkaian ataupun membeli produk. Pada waktu yang sama, dengan termeterainya keahliannya itu, ia akan menjadi wakil pula bagi syarikat untuk merekrut ahli baru, maka tindakan MLM seperti ini, boleh dikatakan termasuk dalam kategori hadis : shafqatayn fi shafqah, atau bay’atayn fi bay’ah. Ini kerana, dalam hal ini, orang tersebut telah dikira melakukan transaksi aqad Mu’awadat (kontrak pertukaran hak kewangan) bila membeli produk atau menjadi ahli dan dalam masa yang sama masuk dalam satu jenis aqad lagi iaitu perwakilan (untuk menjualkan produk itu kelak di samping mencari ahli baru) dengan komisyen tertentu.

Dalil bagi syubhat ini ialah:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة

Ertinya : “Rasulullah SAW melarang dari membuat dua belian (aqad) dalam satu aqad” (Riwayat Ahmad, Al-Bazzar ; Al-Haithami: Perawi Ahmad adalah thiqah; 4/84)

أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ وَيَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالُوا حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعَتَيْنِ فِي بَيْعَةٍ

Telah mengabarkan kepada kami ‘Amru bin Ali dan Ya’qub bin Ibrahim dan Muhammad bin Al Mutsanna mereka berkata; telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa’id, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Amru, ia berkata; telah menceritakan kepada kami Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang dari dua jual beli dalam satu akad jual beli.(Riwayat an-Nasa’i:4553)

Syubhat 2: Tidak mempunyai pengetahuan yang cukup.

Ini berlaku apabila seseorang yang hanya mendengar kata-kata dan penerangan orang lain tanpa sebarang kaji selidik dan memahaminya lalu menyertai perniagaan MLM tersebut. Tindakan ini adalah menzalimi diri sendiri kerana kemungkinan apa yang dia fahami itu bercanggah dengan modus operandi sistem perniagaan MLM tersebut.

Saidina Umar al-Khattab r.a telah mengingatkan:

لا يبع في سوقنا إلا من قد تفقه في الدين

Ertinya : “Jangan seseorang kamu berjual beli di pasar kami, kecuali ia telah mendalami ilmu (hukum) agama tentangnya” ( Riwayat Tirmidzi, no 487, hlm 129 ; Albani : Hasan)

Ini adalah antara sebab mengapa terdapat mazhab yang mengatakan kanak-kanak yang tidak mampu berfikir antara baik dan buruk (belum mumayyiz) tidak sah dalam urusan jual beli.

Syubhat 3: Belian peribadi target sebagai syarat komisyen.

Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target belian tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai ‘harga target’ tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajipan jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan “Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda”.

Pada asasnya, komisyen yang diambil atas usaha menjual (seperti ‘brokerage fee’) sesuatu barangan adalah adalah harus menurut Shariah, ia adalah pandangan ulama besar Tabi’en seperti Muhammad Ibn Sirin, ‘Ato’ Bin Abi Rabah, Ibrahim an-Nakha’ie dan ramai lagi (Sahih Al-Bukhari ; Al-Musannaf, 5/242 ; Mawahibul Jalil, 4/452 ) Namun, ia boleh jadi bermasalah apabila: Diikat komisyen jualan rangkaiannya dengan sesuatu jualan olehnya, ia menimbulkan masalah dari sudut Shariah seperti unsur pemaksaan, syarat yang tidak sah dalam perwakilan dan perjudian. Komisyen datang dari orang bawahan yang langsung tidak dikenalinya kerana sudah terlampau jauh ke bawah. Ini menjadikan orang atasan seolah-olah mendapat untung di atas angin tanpa sebarang kerja dan usaha lagi.

Ia juga boleh dikelaskan sebagai broker di atas broker di atas broker di atas broker dan seterusnya. Dalam hal berbilangnya rantaian komisyen broker ini, menurut perbincangan Ustaz Zaharuddin bersama Syeikh Prof. Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pakar Shariah utama dalam bidang kewangan Islam dunia di Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia, AAOIFI, Dow Jones Islamic Index dan lain-lain) ia termasuk dalam konteks memakan harta orang lain dengan bathil selain terdapat unsur judi. Ini adalah kerana ia seolah-olah meletakkan syarat kepada semua orang bawahan samada dengan pengetahuan mereka atau tidak, semua hasil jualan mereka akan diambil sebahagian keuntungannya untuk orang atasnya.

Syubhat 4: ‘simsar ala simsar’ (iaitu broker atas broker dan atas broker dan atas broker).

Maksud simsar ala simsar (broker di atas broker) ialah pihak yang atas mendapat untung daripada akad pihak dibawahnya (orang bawahnya/downlinenya) tanpa ada usaha dan modal di dalam akad tersebut. Pandangan ini disokong dan dinyatakan haram oleh Syeikh Dr. Wahbah Zuhaily apabila di tanya oleh Ustaz Zaharuddin semasa Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa 12 Julai 2007. Beliau menekankan bahawa fatwa dalam mazhab Syafie yang memerlukan adanya kerja dan usaha setimpal bagi setiap komisyen yang diperolehi, jika tidak komsiyen itu adalah tidak sah. Rujuk link: http://www.zaharuddin.net/peribadi,-tazkirah-&-fikir/542-perbincangan-saya-bersama-ulama-dunia.html

Hal berkaitan komisyen jualan orang di level keseratus akan diperolehi juga oleh upline di tingkat kedua, padahal mereka tiada sebarang kaitan akad yang jelas, dan hanya kerana rantaian orang dibawahnya maka ia mendapat untung?Apa yang diletakkan untuk mendapat untung? Sedangkan dalam contoh sebuah syarikat besar, seorang pemegang saham sememang layak dapat untung walaupun goyang kaki kerana ia meletakkan ‘modal’, sebagaimana yang diketahui , keuntungan boleh didapati dari tiga sebab iaitu 1) Modal 2) Kerja 3) Jaminan ‘Dhoman’ barangan dari sebarang aib pada barang yang dijual. Lalu si pemegang modal berhak mendapat untung kerana dia letak modal, si pekerja layak mendapat untung kerana dia bekerja. Jadi apa hak si upline kedua untuk dapat untung jualan si downline ke seratus? Tiada modal, tiada kerja, tiada jaminan atau dhoman barangan yang dijual, kerana jaminan barangan yang dijual adalah dari syarikat, bukan upline. Ini berdasarkan hadis:

ما أكل أحد طعاماً قط خيراً من أن يأكل من عمل يده

Ertinya : Tiadalah seseorang yang makan suatu makan yang lebih baik dari seseorang yang makan dari hasil tangannya (kerjanya sendiri). (Riwayat Al-Bukhari)

Syubhat 5: Sebenarnya tiada produk yang dijual.

Hanya mengkhususkan untuk mencari ahli bawah (downline). Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahannya (downline), setiap kali ia mendapat ahli baru, maka diberikan beberapa peratus dari yuran ahi tersebut kepadanya. Semakin banyak anggota baru bermakna semakin banyak jualah bonusnya. Ini adalah bentuk riba kerana memperdagangkan sejumlah wang untuk mendapat sejumlah lebih banyak yang lain di masa hadapan. Ia merupakan satu bentuk Riba Nasiah dan Riba Al-Fadl.

Hal yang sama juga hukumnya bagi perusahaan MLM yang tidak mempunyai produk bersungguh dan berkualiti, sebaliknya produk miliknya hanyalah berupa ruangan laman web yang tidak berfaedah buat kebanyakkan orang, atau apa jua produk yang hanya dijadikan sebagai alasan pembelian. Malah harga sebenar produknya juga adakalanya jauh dari harga yang dijual kepada ahli (sebagai contoh dijual produk web komputer, sedangkan haragnya jauh lebih tinggi dan si ahli pula tidak mempunyai komputer pun). Pada hakikatnya, si ahli bukannya ingin membeli produk itu, tetapi untuk menyertai rangkaian serta memperolehi wang darinya. Ia juga termasuk dalam yang diharamkan. Hal membeli produk tidak benar dengan niat utama memasuki rangkaian dan mendapat untung dari rangkaian ini telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Al-Lajnah Ad-Daimah Arab Saudi. Nombor rujukan: 15/192-193.

Info Tambahan: Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan sebagai haram kerana ia adalah salah satu bentuk perjudian. Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa komisyen yang digunakan adalah komisyen atau upah ‘brokerage’ sebagaimana didakwa. (Rujuk keputusan nombor 3/24, 17 Julai 2003). Fatwa JAKIM: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1358

Syubhat 6: Sebahagian ahli yang ingin mencari orang bawah mengajak secara kurang beradab.

Mengenai syubhat ini bukan semua ahli yang bersikap seperti itu. Cuma sebilangannya sahaja dan mungkin ini antara salah satu sebab mengapa ramai yang begitu anti dengan perniagaan MLM bak kata pepatah, “kerana nilai setitik, rosak susu sebelanga.” Saya sendiri pernah menjadi ahli dalam business MLM dan diajar cara ‘tipu sunat’ untuk mencari downline, alhamdulillah tiada sebarang syubhat seperti ini sebab saya keluar sebelum sempat cari downline lagi. Dalil bagi syubhat ini ialah:

لأن يحتطب أحدكم حزمة على ظهره , خير له من أن يسأل أحداً فيعطيه أو يمنعه

Ertinya : Seseorang kamu untuk pergi mengangkut kayu api lalu diletakkan di atas belakangnya adalah lebih baik dari kamu meminta-minta, samada diberi atau tidak” (Riwayat Al-Bukhari)

Walaupun hadis ini digunakan untuk hukum meminta-minta sedekah, namun saya rasakan sesuai untuk dikiaskan dengan syubhat ini

 Larangan-larangan:

Doa tidak diterima:

الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ

Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : “Wahai Tuhanku…wahai Tuhanku…”. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sahih)

Larangan 1:

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kami saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu.. (Surah an-Nisa’:29)

Larangan 2

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksa-Nya. (Surah al-Ma’idah:2)

Larangan 3

الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لَا يَقُومُونَ إِلَّا كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا وَأَحَلَّ اللَّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا فَمَنْ جَاءَهُ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّهِ فَانْتَهَى فَلَهُ مَا سَلَفَ وَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ وَمَنْ عَادَ فَأُولَئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya (terserah) kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah:275)

Larangan 4:

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُؤْكِلَهُ وَشَاهِدَيْهِ وَكَاتِبَهُ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ عُمَرَ وَعَلِيٍّ وَجَابِرٍ وَأَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عَبْدِ اللَّهِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

Telah menceritakan kepada kami Qutaibah telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Simak bin Harb dari Abdurrahman bin Abdullah bin Mas’ud dari Ibnu Mas’ud ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat pemakan riba, yang memberi makan riba, kedua saksi dan penulisnya. Ia mengatakan; Dalam hal ini ada hadits serupa dari Umar, Ali, Jabir dan Abu Juhaifah. Abu Isa berkata; Hadits Abdullah adalah hadits hasan shahih. (Riwayat Tirmidzi:1127)

Kesimpulannya: Jika perniagaan MLM itu tiada sebarang unsur yang bercanggah dengan syarak, maka hukumnya adalah harus. Tinggalkan perkara yang syubhat kerana ia adalah disuruh oleh Rasulullah saw berdasarkan hadis:

أَخْبَرَنَا سَعِيدُ بْنُ عَامِرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ أَبِي الْحَوْرَاءِ السَّعْدِيِّ قَالَ قُلْتُ لِلْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ مَا تَحْفَظُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأَلَهُ رَجُلٌ عَنْ مَسْأَلَةٍ لَا أَدْرِي مَا هِيَ فَقَالَ دَعْ مَا يَرِيبُكَ إِلَى مَا لَا يَرِيبُكَ

Telah mengabarkan kepada kami Sa’id bin ‘Amir telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Buraid bin Abu Maryam dari Abu Al Haura` As Sa’di, ia berkata; aku berkata kepada Al Hasan bin Ali; “Apa yang engkau hafal dari Rasulullah?, ” Ia menjawab; “Seorang laki-laki bertanya kepada beliau mengenai suatu permasalahan, namun aku tidak tahu permasalahan apa itu, kemudian beliau bersabda: “Tinggalkanlah sesuatu yang meragukanmu kepada sesuatu yang tidak meragukanmu.”(Riwayat ad-Darimi:2420)

Dua akad dalam satu akad adalah riba’ berdasarkan hadis:

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ زَكَرِيَّا عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ بَاعَ بَيْعَتَيْنِ فِي بَيْعَةٍ فَلَهُ أَوْكَسُهُمَا أَوْ الرِّبَا

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dari Yahya bin Zakaria dari Muhammad bin ‘Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah ia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa melakukan dua transaksi dalam satu transaksi maka baginya kekurangannya atau riba.” (Riwayat Abu Daud:3002)

Biarlah kita bekerja keras kerana pekerjaan itu kita telah pasti bahawa upahnya adalah dari hasil titik peluh kita sendiri dan sah2 halal. Saya sendiri mengakui saya pernah terlibat dalam skim MLM ini sebelum saya siasat sepenuhnya. Nasib baik saya tak sempat memujuk sesiapa lagi untuk menjadi downline, terus saya tinggalkan. Saya tak mahu nanti makanan yang akan menjadi darah daging saya dari hasil syubhah. Siapa yang rasanya ragu-ragu dengan MLM yang mereka jalani, cepat-cepatlah tinggalkannya.

DEMAM……worldcup vs durian

Agak lama  zahra x post kat bilik sebelah nie. Alasan?  hurm x payah la nak bgtau…Okey,seperti yang korang sedia maklum, tahun ini merupakan tahun berlangsungnya piala dunia.Hurm,pasukan mana yang korang suka? pemain? Sebenarnya tahun ini merupakan  tahun pertama zahra mengikuti perkembangan worldcup nie…urm sbbnya? sekali lagi biarlah menjadi rahsia. Bagi zahra, Lionel Messi adalah pemain pilihan dan begitu juga dengan Argentina pasukan yang dianggotainya.Sepanjang mengikuti perlawanan yang disertai oleh Argentina,mmang tidak dinafikan bahawa messi hebat walaupun setakat ini belum menjaringkan gol. Penilaian Zahra bukanlah pada jumlah jaringan gol yang berjaya dijarngkan tetapi terhadap skill yang ada pada seseorang player tue.Kalu korang pulak x tahulah macam mana.

Sepanjang perlawnan piala dunia, durian-durian di dusun juga tak sabar-sabar membuahkan hasilnya…maka,sambil tngok worldcup jangan lupa makan durian.Pasti best punya. Tp jangan makan banyak sangat,nanti demam pulak.

Oh si tua,dimana anakmu?

Oh Anak…Kalaulah Kau tahu…bahawa kau kan tua jua akhirnya jika kau panjang umur..

Sejak akhir-akhir ini, bukan setakat anak kecil dibuang di merata-rata tempat. Malahan anak pun tergamak membuang ayah dan ibu mereka di tepi-tepi jalan. Yang memualkan pelakunya adalah mereka yang beragama Islam.

x percaya? mari sama-sama baca keratan akhbar dibawah

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

Kurang ajar! Biadap! Tak kenang budi! Hanya perkataan seperti itu yang layak digelar kepada si anak. Anak yang dibesarkan dengan susah payah selama ini memberi balasan seumpama ini kepada ayahnya. Mana pergi tanggungjawab dan amanah yang terpikul? Sadis sekali saya membacanya.

Semalam, semasa sedang bersembang dengan bapa, tiba-tiba bapa saya menceritakan tentang kisah seorang ayah yang dihantar ke rumah orang tua oleh anaknya. Sedih sekali. Tergamak anaknya berbuat begitu.

Ayah yang terlantar uzur tidak bermaya , yang mengharapkan perhatian anaknya tatkala diri ini sudah menuju ke penghabisan usia. Oh anak, tergamaknya dikau membiarkan dia sendirian

Ini belum dicampur lagi dengan kebanjiran  si tua ditepi-tepi jalan untuk meminta sedekah. Tatkala saya lalu-lalang disebelah mereka, saya terfikir dimanakah anak mereka? Anak jenis apakah ini yang sanggup membiarkan ibu-bapa sendiri meminta sedekah ditepi jalan? Mana dia perut-perut yang disajikan makanan dari titik peluh seorang ayah dan ibu? Tergamak mereka.

Disini juga saya ingin selitkan kisah seorang anak yang mulia. Marilah sama-sama mengambil iktibar dari kisah ini

Suatu hari, Nabi Musa bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”

Allah pun menjawab dengan menyebut nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya.

Selepas mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Beberapa hari kemudian, akhirnya Baginda sampai ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ, Baginda berjaya bertemu dengan orang berkenaan. Selepas memberi salam, Nabi Musa dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian, dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar.

Khinzir itu didukung dengan cermat, dibersihkan, dimandikan dan dikeringkan serta dipeluk cium sebelum dihantar semula ke dalam bilik. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” katanya di dalam hati dengan hairan.

Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi sambil membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar dan diperlakukan sebagaimana tadi.

Selepas kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara, apa agama kamu?”

“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis mengapa kamu memelihara khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu,” kata Nabi Musa.

Pemuda itu berkata, “Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. Mereka melakukan dosa yang besar dan Allah menukar rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh.

“Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipan aku sebagai anak.

“Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah berubah, aku tetap melaksanakan tugas aku.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah supaya mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar tetapi Allah masih belum memakbulkannya lagi,” kata pemuda itu.

Maka ketika itu juga, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya.

“Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa khinzir tetapi dia masih berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan makam dia sebagai anak salih di sisi Kami,”.

Allah juga berfirman yang bermaksud: “Oleh kerana dia berada di makam anak yang salih di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di neraka Kami pindahkan ke dalam syurga.””

Renungilah kisah diatas. Seperti mana yang kita sedia tahu, khinzir merupakan haiwan yang haram. Jika kita renungi kisah diatas, walaupun ibu dan ayah pemuda tersebut telah bertukar menjadi khinzir, tetapi kasih sayang pemuda tersebut terhadap ibu dan ayahnya tidak dipisahkan melalui sifat fizikal ayah dan ibunya. Pemuda itu sedar bahawa walaupun ibu dan ayahnya seekor khinzir, tanggungjawab untuk membahagiakan mereka masih tidak terlepas dari bahunya. Contohilah pemuda diatas.

Wahai pembaca sekalian. Jika anda salah seorang anak yang membuang ibu dan ayah anda, bertaubatlah. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka bagi anda. Jagalah ibu dan ayah anda sebaiknya. Walaupun ibu dan ayah anda pernah melakukan kesilapan, maafkanlah dan terimalah mereka . Mahukah anda jika anak-anak anda melakukan perkara sedemikian kepada anda? Insaflah dan sayangilah ibu bapa anda selama mereka masih ada. Jika sudah terlambat,titipkanlah doa untuk mereka kerana sesungguhnya doa seorang anak yang soleh merupakan salah satu bekalan bagi mereka ketika berada dialam sana. Akhir kata dari saya, sayangilah ibu dan ayah selagi mereka masih ada dan titipkanlah doa hingga keakhir hayat anda untuk mereka.

Allah telah berfirman: “Dan Kami perintahkan (campakkan ke dalam hati) manusia (agar berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kembalimu”.

zahra si bunga

saya tamau dah naik lif…ada #$%^&&* disitu

cuba tgk imej diatas…itu apa ? itu lif…itu apa ? itu lif ..itu apa ? lif ler…x kan burung murai kot….hurm…bg anda,menaiki lif merupakan satu perkara yang sgt mudah untuk dilakukan.Yer la…anda hanya perlu tekan butang yg ada dan lps tue naik…pintu lif tertutup,kemudian pintu lif terbuka dan anda sampai kedestinasi yang hendak dituju. Tapi sedarkah anda,sepanjang anda menaiki lif itu,orang disebelah anda berada dalam satu suasana yang paling dibencinya?sedarkah anda bahawa menaiki lif merupakan satu perkara yang menakutkan baginya?sedarkah anda ? sedarkah anda ? mesti anda x sedar sbb mereka pandai menyembunyikan ketakutan itu,tp dihati mereka siapa yg tahu…kalau anda sedar,anda mesti akan terdetik untuk berkata”dah tau takut lif,buat apa nak naik”.Anda perlu faham bahawa ada sesetengah situasi yg memaksa seseorang yg fobia akan lif untuk menaikinya.

Ish,mukadimah panjang sangat la pulak sbenarnya saya nak berkongsi pengetahuan yang saya baca dari sebuah blog mengenai fobia.hurm,fobia.  Apa yang anda faham tentang fobia?Adakah bila anda temui sesuatu perkara yang menakutkan,lepas tue menjerit sekuat-kuatnya dikataakan fobia ? haha…itu bukan fobia,tapi sawan(hehe just joking). jika  fobia,anda x semestinya menjerit-jerit untuk menghilangkan rasa takut…ish ,mcm mana nak terangkan nie…hurm..baca jer laa kat bawah nie

Fobia boleh dibahagikan kepada 2 iaitu:

1)Fobia spesifik( specific phobia)

2) Fobia sosial (social phobia)

Fobia adalah sejenis penyakit mental. Seseorang dikatakan mengidap fobia spesifik apabila individu itu

1) mempunyai perasaan teramat takut (sehingga boleh mendapat serangan panik) yang berterusan. Bagi kanak-kanak mereka mungkin menangis, tantrum dan tidak mahu lepas dari ibu)

2) perasaan takut ini berlaku apabila individu itu terdedah kepada sesuatu benda tertentu sahaja seperti ular, kucing, darah, tempat tinggi, menaiki kapal terbang dan macam-macam lagi

3) individu itu sedar ketakutannya adalah keterlaluan berbanding orang lain

4) individu sedaya upaya cuba mengelak daripada berhadapan atau menyaksikan benda yang menakutkan itu dan jika tidak ketakutannya akan berterusan

Fobia sosial pula adalah apabila benda yang ditakutkan oleh individu itu adalah takut berhadapan dengan orang ramai terutamanya apabila dikehendaki berucap di khalayak ramai. Mereka takut orang ramai akan mengkritik dan memberi tanggapan negatif kepada diri mereka.

Adakah fobia suatu penyakit?

Ya, fobia adalah suatu penyakit mental. Individu yang mempunyai fobia :contohnya fobia kepada jarum suntikan atau darah akan mengelak daripada prosedur tersebut. Rawatan yang lengkap untuk dirinya tidak dapat diberi. Bagi individu seperti pengarah syarikat contohnya, beliau akan mengelak untuk bermesyuarat dengan pelanggannya jika ia dilakukan di bangunan tinggi seperti KLCC dan ini mengurangkan produktiviti syarikat. Pelajar universiti contohnya, jika mengidap fobia sosial tidak dapat menjalankan presentasi dengan baik berbanding rakan yang lain.

Berapa kerapkah fobia berlaku?

Spesifik fobia lebih kerap berlaku berbanding fobia sosial. Ia 2X lebih kerap berlaku pada wanita.

Perlukah ia di rawat?

Fobia perlu dirawat jika ia telah mengganggu kesihatan, tugas atau fungsi normal individu dan menghalangnya dari maju ke hadapan seperti orang lain.

Di antara rawatan untuk fobia:

Psikoterapi:

A. Rawatan paling utama adalah ” alah bisa tegal biasa”. Psikoterapi : Cognitive Behavioural Therapy (CBT) mengamalkan prinsip ini.

1)Sebelum pesakit didedahkan kepada benda yang ditakuti, Pesakit akan diajar cara menangani serangan panik seperti relaksasi pernafasan dan relaksasi otot secara progresif. Pesakit juga akan diterangkan dengan lanjut tentang terapi ini

2) Pesakit akan didedahkan dengan benda yang ditakuti secara beransur-ansur mengikut hiraki dan dilakukan secara sistematik( systematic desensitization) . Ini bertujuan mengurangkan ketakutan secara perlahan.

Pesakit yang mampu menahan ketakutan boleh juga didedah kepada benda yang ditakuti secara terus ( flooding) tetapi terapis perlu berhati-hati kerana pesakit mungkin mendapat serangan panik yang teruk.

Ubat-ubatan

Psikoterapi adalah pilihan utama, namun terdapat ubat-ubatan seperti anti anxiety ( alprazolam , lorazepam) yang dapat mengurangkan fobia. Tetapi ia perlu diingat ubat ini hanya diberi kepada yang sangat memerlukan dan ia boleh menyebabkan ketagihan.

Pemakanan

.Elakkan minuman menyebabkan gemuruh seperti kafein, kopi, coke dll.

oleh itu,sesiapa yang mempunyai fobia,ia boleh diatasi….sejujurnya,saya pon tgh mengatasi fobia semasa menaiki lif.Saya nak bg nasihat pon saya x layak sbb fobia saya masih belum diatasi,tp berdasarkan apa yang saya baca,kita perlu kuatkan semngat,azam dan tekad untuk mengatasi fobia kerana kadang2 fobia nie menyusahkan diriyeah..sama-samalah kita berusaha untuk mengatasi fobia.Go go chaiyok

luahkan ‘ayat-ayat cinta’ anda dengan berhemah

semua orang pasti pernah kena tegur…tipulah kalau anda mengatakan bahawa anda x pernah kena tegur….marah,nasihat dan sebagainya merupakan salah satu cara normal untuk menegur tapi kali ini,saya ingin bercerita dengan salah satu cara menegur orang yang saya anggap tidak bermoral sama sekali iaitu menegur kesalahan dengan cara memalukan orang yang kena tegur atau dalam erti kata lain,menjatuhkan maruah orang yang ditegur…

setiap insan yang hidup dimuka bumi ini pernah melakukan kesalahan dan kesalahan itu kadangkala menjadi satu pengajaran untuk mereka tidak melakukannya lagi…ya betul memang menjadi satu tanggungjawab untuk setiap manusia saling tegur-menegur…tp masalahnya,pernahkah mereka berfikir bahawa cara mereka mengur kesalahan itu merupakan satu perkara yang salah?dan adakah mereka berfikir perbuatan mereka itu itu dalam pada masa yang sama menjatuhkan air muka orang tersebut dan akhirnya mewujudkan perasaan dendam dihati orang yang kena tegur?Fikir-fikirkanlah sebelum menegur.

Menegur kan ada banyak caranya.Jikalau anda seorang pemikir yang baik,mesti anda akan elakkan menegur seseorang dengan cara menjatuhkan maruah mereka.Anda mesti akan memikirkan pro dan kons sebelum anda meluahkan ‘ayat-ayat cinta’ dari anda supaya orang itu boleh berubah dan hasilnya nanti,Insyaallah orang itu akan berubah dan pada masa yang sama tidak akan berdendam dengan anda.

Selalunya,menegur dengan cara menjatuhkan maruah seseorang ini berlaku dikhalayak ramai.Antara cara menegur jenis ini yang saya pernah lihat adalah dengan memaki pesalah tersebut dikhalayak ramai.Satu lagi adalah dengan mengait-ngait kesalahannya yang lepas dikhalayak ramai juga dan senang cerita bila kena marah depan orang ramai x kan anda x rasa malu…tambah2 lagi kalau kena tengking…mestilah jatuh maruah anda.Tapi,saya pernah kena lagi hebat dari setakat tengking2 nie…siap kait mak bapak lagi..pas2 sekali dengan nama2 cikgu naik dikhalayak ramai…memang geram sgt waktu tue…penegur itu x tahu betapa saya rse nak pelempang jer muka dia waktu itu tapi memandangkan saya nie penyabar juga orangnya,saya tahan jer tangan saya dari menghinggapi muka orang tue…kesalahan x seberapa tapi tegurnya melebih2….Yup,sebelum menegur tue,saya nasihatkan supaya para pembaca sekalian berfikir dahulu sebelum menegur…Islam kan ada ajar cara menegur yang baik,jadi pergunakanlah …sebelum berundur,saya hendak la juga berkongsi dengan anda antar cara2 menegur yang baik supaya berkuranglah perasaan benci dihati org yang anda tegur tue

1.tak boleh membesarkan masalah yang kecil
2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh
3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN KESALAHAN DIDEPAN ORANG LAIN
4. Tegurlah pada waktu dan masa yang sesuai bukannya DIKHALAYAK RAMAI
5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI.
6. Paling pentingnya ialah, sekali lagi, TEGUR LAH DENGAN PENUH KASIH SAYANG

Adakah darah menggambarkan diri anda?

Btoi ka?Btoi ka?

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kita mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kita sendiri? . Lets check it out..

DARAH O

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

DARAH A

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Btoi x apa yang dinyatakan?Bukan saya yg ckp yer,tp ada kajian yang telah dibuat…Urmmm,anda darah apa yer?Jangan buat tak tau plak…..kalau x anda…..DARAHKULA..hik3 :p

Apa itu cinta?

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki

Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup

Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci

Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.


Apakah itu Bukti Cinta?

Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.


__________________
LoVE iS THe oNLy FrEedOm In tHe WOrLd bEcAUse IT sO EleVAtEs tHe SPiRit tHAt ThE LawS OF HuMaNIty AnD tHe PHeNomeNA oF naTUre DO NoT aLtEr itS CoUrSE.

copy from  http://www.sepaku.net/sepaku-cinta/4377-pengertian-c-i-n-t.html

satu pengajaran….pencuri

thief

Baru2 nie,IPGM Kampus Pendidikan Teknik digemparkan dengan kes kecurian yang berlaku semasa peperiksaan sedang dijalankan…saya merupakan salah seorang mangsa kecurian…barang yang dicuri adalah beg yang didalamnya mengandungi handphone,purse yang didalamnya terdapat kad atm dan buku math saya.urm yang lawaknya,pencuri nie pada mulanya mencuri sebuah beg milik pelajar IPGM Kampus Pendidikan Islam.Kemudian dia datang ke IPGM Kampus Pendidikan Teknik dan kemudiannya menukarkan beg pelajar tersebut dengan beg saya.Apa motif pencuri tue pon saya x tahu.Yang penting,saya menduduki peperiksaan pada pukul 2.30 ptg dan menurut ayah saya,pencuri tersebut telah mengeluarkan kesemua wang didalam bank saya pada pukul 3.00 ptg.Sungguh licik pencuri tersebut.
Tapi semua yang berlaku atas kesilapan saya juga.Pertama,waktu xm,saya gatal2 ltk hp dan purse dlm beg.Kedua,saya ltk no pin bank dgn no tarikh lahir.

so kpd pembaca,ini pengajaran buat diri saya dan pembaca yang lain.

1.Jangan bawa purse atau hp semasa anda sdg menduduki peperiksaan
2.Jangan letak no pin kad atm dgn no ic atau tarikh lahir.

p/s:waargh,xm math paper last..buku kna curi lak…nmpaknya kna laa pinjam org len

Anda semua dijemput…

Jemput apa ek? hehe..sbnarnya persatuan saya diminta utk uruskan promosi untuk Malam kebudayaan di ipgm kami,so saya wat promosi dlm blog nie yer(maaf ahli bilik sebelah sekalian sbb wat promosi kat sini)…
sesiapa yg bergelar warga ipgm kampus pendidikan teknik, meh laa ramai2 turun menyaksikan malam kebudayaan tersebut

apa yg akan anda dpt?

1.hiburan
2.surprise..salah seorang ahli bilik sebelah akan menjadi pengacara majlis tersebut

3.urm.x tau nak tambah apa lg

kalau nak tahu kehebatan majlis tersebut,ramai2 ler dtg…urm mr.bs pon kalu sempat dtg yer…avataraang tntu ley dtg nyer kan..hehe

p/s: dtg jgn x dtg..