Category Archives: Budaya

cerita dan arikel berkaitan kebudayaan Malaysia. kebudayaan yang di alami penulis mahupun masyarakat sekitarnya.

Hikayat Kancil

Kancil…

Tiap-tiap hari aku terserempak dengannya. Bukan suatu perkara yang mustahil untuk bersua dengan kancil sekarang ni. Kancil yang dahulunya orang biarkan sahaja berkeliaran di rimba raya namun kini menjadi tunggang setiap manusia. Ada yang ke hulu, ada yang ke hilir dengan menunggang kancil. Walaupun saiznya kecil, tidak menjadi masalah untuk seseorang yang bersaiz badan seperti badang dan bujal untuk menunggang kancil.

Read the rest of this entry

Tournament Traditional Games

FUHHH!!..

letih masih melekat dalam diri. Alhamdulillah..selesai jugak tournament traditional games kali ke 53..seiring dengan kemerdekaan Negara MalayAsia. Walaupun aku bukan perserta yang tergolek-golek bertanding, tapi keletihan sebagai pegawai pemerhati sangat la tidak terperi letihnya. Kalau jadi peserta lagi tak tau tahap berapa tangga gaji kepenatan mereka ^_^. Sekali lagi aku mendakikanmemanjatkan kesyukuran berjaya jugak tournament ni dilangsungkan. Read the rest of this entry

Pendedahan yang terdedah??

Salam sejahtera diucapkan kepada pengunjung biliksebelah.wp. Semoga kalian dalam keadaan yang paling superb hendaknya ^_^ Hari ini aku nak mendedah sesuatu yang lanjur (aku harap jangan tertangkap sudah la..hehehe). Apa yang terlanjur tu. Jom bersama-sama aku untuk merungkai apa yang ingin aku dedahkan ^_^

exposed

Read the rest of this entry

Mercun, Hari Raya & Cedera

Hmm..hari raya bakal menjelama tidak lama lagi..diucapkan buat sekian kalinya kepada pengunjung Bilik Sebelah “Selamat Hari Raya” dan puasa yang tinggal beberapa hari ni habiskan la, jangan ditinggalkan pula.. ^_^ kemeriahan hari raya semakin terasa, kalau kat rumah, suri-suri rumah dah rancak membuat kuih raya, mengemas rumah dan lain-lain persiapan bagi menyambut ketibaan syawal..

 selamat hari raya Read the rest of this entry

Usop Sontorian, anak jati Johor

Hmm,Usop Sontorian, aku pasti dan pasti sesangat sebilangan besar korang sume pernah tengok siri animasi pertama buatan Malaysia iaitu Usop Sontorian. Masa kecik2 dulu aku minat giler cerita ni. Yela, budak2.. Ni dah besar pun masih lagi minat dan berharap la sangat2 yang Usop Sontorian and the geng kembali mengegar di peti televisyen seluruh Malaya. Dari asyik tengok Sponge Bob je kan, baik tengok Usop Sontorian.

Untuk pengetahuan anda bagi yang tak tahu, siri animasi Anak-Anak Sidek dah pun ditayangkan semula. So, jangan lepaskan peluang anda ya! (Nanti aku check siaran TV mana, hari apa dan pukul berapa ya!)

Menurut apa yang terkandung dalam wikipedia.malaysia:

Usop Sontorian ialah siri animasi Malaysia yang pertama. Siri kartun tersebut direka oleh Ujang dan diterbitkan oleh MOY Publications Sdn Bhd.

Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli belacan asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet yang bernama Selebet.

Dan, khas buat korang sume, dari youtube.com, saya menyediakan, satu-satunya cerita Usop Sontorian yang dapat diselamatkan. Tengok la. Lepaskan rindu anda. Sokong industri animasi Malaysia! (apa yang aku merapu ni..? hehe)

Jangan marah, video ni tak habis.. Ape pun, aku harap korang enjoy..

Mari Poco – Poco

UPDATE PANAS!: Poco-poco dan Salib?

Poco – Poco.. Hmm, ape tu?

Aku pun xtau sangat pasal tarian ni, apa yang aku tau tarian Poco – Poco ini adalah tarian tradisional Indonesia yang berasal dari Manado, Sulawesi.

Tarian Poco – Poco selalu ditarikan sebagai aktiviti riadah dan kebudayaan.

Sebenarnya aku pun baru je mengenali tarian ini semasa aku menjejakkan kaki ke Pangkor 4 hari 3 malam untuk menghadiri program PL. Budak2 Sabahan yang mengajar aku tarian ini.

Memang seronok. Lebih – lebih lagi bila menari ramai2 dalam kumpulan. Sumenya sama. Huh, cantik dan bergaya beb! Masa tu, penat sume hilang. Seronok je. Sebab selain dapat berhibur, aku dapat belajar sesuatu yang baru.

Kalau korang nak tau, tarian ni memang sangat popular. Orang putih dan orang Jepun pun ada yang tahu pasal tarian ni. Tak percaya? Cari kat youtube. hehehehe..

Read the rest of this entry