Category Archives: Ilmu

Mengexploitasi rangkuman ilmu dari setiap penjuru dan perspektif.

Hikayat Kancil

Kancil…

Tiap-tiap hari aku terserempak dengannya. Bukan suatu perkara yang mustahil untuk bersua dengan kancil sekarang ni. Kancil yang dahulunya orang biarkan sahaja berkeliaran di rimba raya namun kini menjadi tunggang setiap manusia. Ada yang ke hulu, ada yang ke hilir dengan menunggang kancil. Walaupun saiznya kecil, tidak menjadi masalah untuk seseorang yang bersaiz badan seperti badang dan bujal untuk menunggang kancil.

Read the rest of this entry

Jatuh…Hilang Kuasa

Dongeng

Pada Zaman Kesultanan Melayu, lahir seorang pemuda yang bakal berubah nasibnya. Gelaran diberi Sang Setiabangsa, kerana beliau setia akan bangsanya sendiri. Ketika usia meningkat remaja, Sang Setiabangsa menuntut ilmu persilatan daripada seorang guru yang handal, Guru Sinarbumi. Setelah sekian lama berguru, akhirnya selesai segala ilmu diperturunkan Sinarbumi pada Sang Setiabangsa. Semenjak itu, Sang Setiabangsa mula mengembara untuk mencari erti kehidupan sebelum berbakti kepada bangsanya kelak. Sebelum pemergian beliau untuk mengembara, si guru menyampaikan sebentuk keris sakti warisan turun temurun. Pesan si guru, jaga keris itu bagaikan nyawa sendiri, jangan jatuhkannya dari apatah lagi biarkan terhumban ke tanah. Tidak dinafikan, kehandalan Sang Setiabangsa tiada tandingan dengan ilmu yang penuh di dada dan dengan bantuan keris sakti pemberian si guru. Beliau mampun bertarung dengan seratus lanun tanpa gentar dan membawa kemenangan.  Siapa sangka yang dahulunya rakyat biasa telah menjadi Sultan Setiabangsa. Sultan yang baik hati, pemurah, handal hidup aman bersama permaisuri dalam negeri. Kerajaannya gagah dan mahsyur seluruh rantau kesultanan melayu. Namun, setelah sekian lama amanat si guru semakin dilupa. Pada satu malam, keris sakti terjatuh di atas singah sana. Tersedar Sang Setiabangsa beliau telah melakukan kesalahan besar. Kerajaannya diserang lanun durjana keesokkan harinya. Keris sakti tiada lagi berfungsi, tusukkannya tidak mampu memutuskan walau sehelai rambut lawannya. Jatuh keris sakti bermakna jatuh kerajaan Sultan Setiabangsa. Malang Sang Setiabangsa kerana jatuh keris sakti, jatuh juga kerajaannya serta hilang kuasa yang selama ini beliau pertahankan.

Read the rest of this entry

Oh si tua,dimana anakmu?

Oh Anak…Kalaulah Kau tahu…bahawa kau kan tua jua akhirnya jika kau panjang umur..

Sejak akhir-akhir ini, bukan setakat anak kecil dibuang di merata-rata tempat. Malahan anak pun tergamak membuang ayah dan ibu mereka di tepi-tepi jalan. Yang memualkan pelakunya adalah mereka yang beragama Islam.

x percaya? mari sama-sama baca keratan akhbar dibawah

KANGAR: Seorang bapa yang baru selesai menjalani pembedahan jantung terkejut apabila dengan tidak semena-mena dibuang anak sendiri yang sengaja meninggalkannya bersama bungkusan pakaian di tepi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Wan Ahmad, di sini.

Kejadian memilukan itu berlaku petang 7 Januari lalu sejurus Abdul Rahman Talib, 57, yang baru dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas menjalani pembedahan jantung, menjejakkan kaki di rumah anak lelakinya di sebuah taman perumahan dekat sini.

Anak lelakinya yang berusia 30 tahun bertindak demikian selepas mendapat tekanan daripada isterinya yang enggan menerima semula kehadiran bapa mentuanya dengan memberi pelbagai alasan tidak munasabah.

“Saya hanya minta dia hantar ke pekan Kangar walaupun menyedari tiada arah dituju sebelum dia meninggalkan saya di tepi jalan raya berhampiran sekolah itu,” kata Abdul Rahman ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, ketika itu, dia hilang arah dan merayau-rayau di sekitar kawasan sekolah sebelum mengambil keputusan tidur di pondok bas berhampiran pada malam berkenaan.

Abdul Rahman berkata, keesokannya, anaknya datang menemuinya yang disangka menyangka mahu menjemputnya semula selepas menyesal dengan perbuatan berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, andaian itu meleset sama sekali kerana anaknya cuma datang untuk menghantar basikal miliknya bagi memudahkannya bergerak.

“Menitis air mata saya ketika melangkah kaki keluar dari kenderaan milik anak saya kerana tak menjangka dia tergamak melakukan perbuatan ini selepas saya memelihara dan menjaganya bagaikan menatang minyak yang penuh,” katanya.

Menurutnya, pada hari kedua selepas dibuang anaknya, dia bernasib baik apabila bertemu seorang kenalan di belakang sekolah terbabit yang bermurah hati mempelawa bermalam di rumahnya.

Katanya, sejak tiga malam lalu, dia bertuah dapat menumpang berteduh di rumah berkenaan, tetapi tidak tahu berapa lama kenalannya itu mampu menumpangkan di rumahnya.

Mengulas kejadian itu, Abdul Rahman, bekas nelayan dari Kampung Belat Batu, Kuala Perlis berkata, dia sebelum ini menetap seorang diri di Pulau Langkawi selepas berpisah dengan bekas isterinya, Halijah Othman, iaitu ibu kepada anak lelakinya itu.

“Saya bekerja sebagai pembantu kedai makan di pekan Pokok Asam, Langkawi selama lima tahun, tapi anak saya ini minta saya pulang ke rumah menetap dan bekerja bersamanya.

“Lagipun, rumah berkenaan dibeli menerusi duit pampasan rumah yang dibina hasil titik peluh saya sendiri ketika menjadi nelayan satu ketika dulu. Rumah lama kami diambil kerajaan bagi pembinaan landasan kereta api,” katanya.

Abdul Rahman berkata, sebelum ini dia menerima bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Langkawi, tetapi bantuan terbabit dihentikan selepas dia mengambil keputusan pulang dan menetap bersama anaknya sejak sebulan lalu.

Katanya, selepas menetap di situ, anak dan menantunya mula menunjukkan sikap dingin, malah dia terpaksa pergi seorang diri ke HPP untuk menjalani pembedahan jantung selepas pengsan di stesen bas di sini.

“Ketika bertarung dengan maut di HPP selama empat hari, anak dan menantu langsung tak menjenguk dan saya beranggapan mereka mungkin sibuk dengan perniagaan makanan yang diusahakan sejak beberapa tahun lalu.

“Saya terkejut dan hampir tak percaya apabila anak saya itu minta saya keluar apabila pulang ke rumahnya,” katanya.

Abdul Rahman mempunyai seorang lagi anak perempuan yang sudah berkahwin dan kini menetap di Langkawi.

Difahamkan, kakitangan JKM Perlis datang mengambil warga emas itu di pondok bas berkenaan kira-kira jam 7 malam tadi dan dibawa Rumah Kebajikan Batu Bertangkup di Beseri dekat sini.

Kurang ajar! Biadap! Tak kenang budi! Hanya perkataan seperti itu yang layak digelar kepada si anak. Anak yang dibesarkan dengan susah payah selama ini memberi balasan seumpama ini kepada ayahnya. Mana pergi tanggungjawab dan amanah yang terpikul? Sadis sekali saya membacanya.

Semalam, semasa sedang bersembang dengan bapa, tiba-tiba bapa saya menceritakan tentang kisah seorang ayah yang dihantar ke rumah orang tua oleh anaknya. Sedih sekali. Tergamak anaknya berbuat begitu.

Ayah yang terlantar uzur tidak bermaya , yang mengharapkan perhatian anaknya tatkala diri ini sudah menuju ke penghabisan usia. Oh anak, tergamaknya dikau membiarkan dia sendirian

Ini belum dicampur lagi dengan kebanjiran  si tua ditepi-tepi jalan untuk meminta sedekah. Tatkala saya lalu-lalang disebelah mereka, saya terfikir dimanakah anak mereka? Anak jenis apakah ini yang sanggup membiarkan ibu-bapa sendiri meminta sedekah ditepi jalan? Mana dia perut-perut yang disajikan makanan dari titik peluh seorang ayah dan ibu? Tergamak mereka.

Disini juga saya ingin selitkan kisah seorang anak yang mulia. Marilah sama-sama mengambil iktibar dari kisah ini

Suatu hari, Nabi Musa bertanya kepada Allah. “Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?”

Allah pun menjawab dengan menyebut nama orang itu, kampung dan tempat tinggalnya.

Selepas mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan menuju ke tempat yang diberitahu. Beberapa hari kemudian, akhirnya Baginda sampai ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa penduduk di situ, Baginda berjaya bertemu dengan orang berkenaan. Selepas memberi salam, Nabi Musa dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia terus masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian, dia keluar sambil membawa seekor khinzir betina yang besar.

Khinzir itu didukung dengan cermat, dibersihkan, dimandikan dan dikeringkan serta dipeluk cium sebelum dihantar semula ke dalam bilik. Nabi Musa terkejut melihatnya. “Apa hal ini?” katanya di dalam hati dengan hairan.

Tidak lama kemudian, dia keluar sekali lagi sambil membawa pula seekor khinzir jantan yang lebih besar dan diperlakukan sebagaimana tadi.

Selepas kerjanya, barulah dia melayan Nabi Musa. “Wahai saudara, apa agama kamu?”

“Aku agama Tauhid,” jawab pemuda itu iaitu agama Islam. “Habis mengapa kamu memelihara khinzir? Kita tidak boleh berbuat begitu,” kata Nabi Musa.

Pemuda itu berkata, “Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua khinzir itu adalah ibu bapa kandungku. Mereka melakukan dosa yang besar dan Allah menukar rupa mereka menjadi khinzir yang hodoh.

“Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipan aku sebagai anak.

“Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibu bapaku seperti mana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah berubah, aku tetap melaksanakan tugas aku.

“Setiap hari aku berdoa kepada Allah supaya mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar tetapi Allah masih belum memakbulkannya lagi,” kata pemuda itu.

Maka ketika itu juga, Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa. “Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibu bapanya.

“Ibu dan ayahnya sudah buruk dengan rupa khinzir tetapi dia masih berbakti juga. Oleh itu, Kami naikkan makam dia sebagai anak salih di sisi Kami,”.

Allah juga berfirman yang bermaksud: “Oleh kerana dia berada di makam anak yang salih di sisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibu bapanya yang kami sediakan di neraka Kami pindahkan ke dalam syurga.””

Renungilah kisah diatas. Seperti mana yang kita sedia tahu, khinzir merupakan haiwan yang haram. Jika kita renungi kisah diatas, walaupun ibu dan ayah pemuda tersebut telah bertukar menjadi khinzir, tetapi kasih sayang pemuda tersebut terhadap ibu dan ayahnya tidak dipisahkan melalui sifat fizikal ayah dan ibunya. Pemuda itu sedar bahawa walaupun ibu dan ayahnya seekor khinzir, tanggungjawab untuk membahagiakan mereka masih tidak terlepas dari bahunya. Contohilah pemuda diatas.

Wahai pembaca sekalian. Jika anda salah seorang anak yang membuang ibu dan ayah anda, bertaubatlah. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka bagi anda. Jagalah ibu dan ayah anda sebaiknya. Walaupun ibu dan ayah anda pernah melakukan kesilapan, maafkanlah dan terimalah mereka . Mahukah anda jika anak-anak anda melakukan perkara sedemikian kepada anda? Insaflah dan sayangilah ibu bapa anda selama mereka masih ada. Jika sudah terlambat,titipkanlah doa untuk mereka kerana sesungguhnya doa seorang anak yang soleh merupakan salah satu bekalan bagi mereka ketika berada dialam sana. Akhir kata dari saya, sayangilah ibu dan ayah selagi mereka masih ada dan titipkanlah doa hingga keakhir hayat anda untuk mereka.

Allah telah berfirman: “Dan Kami perintahkan (campakkan ke dalam hati) manusia (agar berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya;ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang ibu bapamu, hanya kepada Akulah kembalimu”.

zahra si bunga

Patuhi Syarat-syarat Yang Ditetapkan, Jika TIDAK…

Anda masih fobia?? kalau jawapan anda YA jangan teruskan baca entri ni. ^_^ Aku memberikan saranan penuh supaya anda menekan link ini untuk pergi ke satu sudut yang lebih sesuai untuk bacaan anda buat masa ni. Aku bukan melarang anda yang masih fobia untuk baca entri ni tapi aku risau ‘penyakit’ fobia yag dah sedia ada akan bertambah dengan fobia yang bakal anda terima dari entri ini ^_^

Amacam..dah fobia belum?? Bagus andai jawapan yang terpacul dari mulut anda adalah YA, maka teruskan pembacaan terhadap entri ini. Namun andai andahanya mahu lalu dan tidak mahu meninggalkan jejak pada entri ini, aku menyarankan pula anda menekan link ini kerana bacaan ini masih tidak memenuhi kriteria diri anda ^_^ jadi aku harapkan pengunjung yang membaca harap memenuhi pra-syarat yang telah aku tetapkan. Jangan sesekali curi-curi baca sebab aku tau siapa yang tak memenuhi pra-syarat aku tapi baca entri aku ni ^_^

Read the rest of this entry

Tabiat lepas makan

Salam sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp.  Bertemu lagi kita dalam entri terbaru biliksebelah.wp. Makan..setiap manusia pasti akan makan untuk kelangsungan hidup. Tak dinafikan makanan merupakan tahap kedua untuk meneruskan survival hidup berbanding air yang lebih penting namun semasa manusia tidak berada dalam situasi survival, makanan@makan menjadi keperluan. Makan itu sendiri sudah menjadi habit@tabiat dalam kehidupan.sedar atau tidak selepas makan juga ada tabiat-tabiat@kebiasaan yang manusia-manusia sering lakukan. Antara kebiasaan tersebut merokok. Merokok menjadi kebiasaan kepada perokok-perokok selepas mereka makan. Kata perokok-perokok tegar ni, kalau lepas makan tak dapat ‘sepam dua’ rasa makan tu macam tak kenyang je. Betul ke? (tanya ku pada diri sendiri). Entah la, macam tak de effect apa-apa pun sebenarnya ^_^ Pendapat daripada seorang ex-smoker macam aku ni mungkin tak dapat diterima oleh para jemaah perokok sekalian. it’s up to you. Sebenarnya tabiat merokok lepas makan merupakan satu rangsangan untuk terus merokok kerana menurut Thorndike (kalau tak silap) makan menjadi stimuli kepada perokok, responnya perokok akan merokok setelah makan. opss..terlari isi karangan pula. Aku bukan nak mengulas pasal rokok sebenarnya. Read the rest of this entry

Lidah: lembut tapi tajam

Lidah: menurut Kamus Dewan

Bahagian di dalam mulut yang boleh digerak-gerakkan (digunakan sebagai alat untuk merasa, bercakap, menjilat dll)

Lidah: anatomi

Pada lidah terdapat tunas-tunas rasa. Spesifiknya pada hujung lidah terdapat tunas rasa manis , hujung kanan dan kiri lidah terdapat tunas rasa masin, kanan dan kiri lidah terdapat tunas rasa masam, pangkal lidah terdapat tunas rasa pahit manakala di tengah-tengah lidah terdapat tunas lidah yang agak umum. Read the rest of this entry

Ringgit+Malaysia

Pada suatu masa yang tak pasti tarikhnya

Dalam sebuah kota, tinggal seorang hartawan yang juga bangsawan. Beliau juga berdarah pahlawan setanding Rentap di Sarawak, Tok Janggut di Kelantan dan Dato Maharajalela di Pasir Salak ^_^ Walaupun sewaktu ceritera ini ditulis beliau sudah tidak berlawan dengan musuh lagi kerana negara sudah hampir merdeka, beliau merupakan pejuang yang hebat. Nama beliau Orang Kaya Sri Banang(OKSB). Disebabkan kota yang beliau diami sudah hampir aman dan tenteram, kegiatan ekonomi boleh dijalankan dengan baik dan perniagaan yang diceburi oleh OKSB sangat maju dan berjaya. Pada masa ni sistem barter masih lagi digunakan namun telah berevolusi, tidak lagi hanya barang dengan barang, tetapi sistem barter menggunakan hirisan-hirisan dan ketulan-ketulan perak dan emas sudah dijalankan. OKSB ni ade la satu habit suka gigit perak dan emas yang beliau bawa. Tujuan beliau nak pastikan keaslian perak dan emas tu. Sampaikan orang-orang yang berurusan dengan belaiu menggelarkan ‘orang kaya sering gigit’ ^_^ Pada suatu beliau tertinggal perak dan emas beliau semasa berurusan, hasilnya beliau telah menulis pada kertas untuk menggantikan perak dan emas tadi. Disebabkan penggunakan kertas ni praktikal, orang-orang yang berurusan dengannya boleh terima penggunaannya. Pada kertas tu terdapat gambar beliau dan nilai kertas itu. Orang-orang mula panggil kertas tu dengan kertas orang kaya sering gigit. Lama kelamaan orang dah letih panggil panjang-panjang sampai tinggal bunyinye kertas orangkayaseringgigit. Jadinya kertas tu pun jadi kertas ringgit dan telah menjadi mata wang ^_^ Read the rest of this entry

Seliparku dikakimu…

Qasim seorg pemuda yang hanya bekerja kampung. Dia sering ke rumah Pak Leh kerna Pak Leh sering mengupah dia membersihkan kebun dan bermacam2 kerja lagi. 2 cuma satu sebab Qasim serng bertandang ke rumah Pak Leh, pada hakikatnya Pak Leh mempunyai seorg anak gadis yang cukup cantik. Kalau kat kampung, dia lah gadis yang disebut2 setiap pemuda ^_^ Setiap kali ke rumah Pak Leh, Qasim tidak melepaskan peluang mencuri2 pandang anak Pak Leh yang bernama Milah 2. Qasim sering berangan2 alangkah seronoknya dapat bersenda gurau dengan Milah, kalau tak dapat bersenda gurau pun dapat pegang tangan Milah untuk sekali pun cukup la. Pada suatu hari sebelum Qasim pergi ke kebun bersama Pak Leh untuk melalukan kerja2 yang perlu dilakukan, datang satu idea jahat dalam kepala Qasim. Sebelum itu, Qasim terlihat Milah keluar dari rumah untuk menyidai kain di luar rumah. Semasa Qasim dan Pak Leh baru je nak kuar rumah, Qasim berkata “Erm..Pak Leh, Milah dah pakai selipar aku la. Jap ye aku nak amik selipar 2 kat Milah”. Pak Leh membalas ringkas “aaa..yo la”. Qasim dengan tak sabar terus bergerak menemui Milah di ampaian dan serta merta memegang tangan Milah sebelah kiri ^_^ Milah berteriak “apa ni Qasim”. Dengan jahat Qasim membalas, “Pak Leh suruh la ^_^, kalau tak caye aku boleh tanya” lantas Qasim menjerit “Pak Leh, Milah tak nak bagi!!”. Pak Leh membalas “Milah, bagi jo la”. Qasim tersenyum jahat ^_^ Qasim meminta sebelah lagi tangan Milah, tapi Milah melawan lantas Qasim menjerit lagi “Pak Leh, Milah tak nak bagi dua2!!”. Pak Leh “Milah, jangan main2, bagi jo la duo2. Nak cepat gi kebun ni ha…!!” Dengan pasrah Milah menghulurkan kedua2 belah tangannya pada Qasim. Untung Qasim dapat pegang tangan Milah. Idea bernas Qasim mintak selipar kat Milah membolehkan dia memegang tangan Milah yang cantik tadi. Sebenarnya Milah tak pakai pun selipar Qasim, pandai je dia buat2 cerita nak amik kesempatan kat Milah. UNTUNG QASIM…^_^ (ceritera ini hanya rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan orang yang hidup atau mati) Read the rest of this entry

Pendedahan yang terdedah??

Salam sejahtera diucapkan kepada pengunjung biliksebelah.wp. Semoga kalian dalam keadaan yang paling superb hendaknya ^_^ Hari ini aku nak mendedah sesuatu yang lanjur (aku harap jangan tertangkap sudah la..hehehe). Apa yang terlanjur tu. Jom bersama-sama aku untuk merungkai apa yang ingin aku dedahkan ^_^

exposed

Read the rest of this entry

Hitam itu BUKAN warna?

Ya.. HITAM itu bukan warna.. Jadi, anda tidak boleh la nak suka2hati sebut, kaler hitam ke.. Warna hitam ke..

Contoh:

“Mak, adik nak beli baju kaler hitam tu!”

“Eh, apa kaler PSP ko.. Kaler PSP aku hitam..”

Itu SALAH!!

Kajian telah dijalankan, dan telah membuktikan bahawa HITAM itu bukan warna.. Tapi, bergantung pada siapa anda tanya la.. Kalau tanya pada artis, mesti dia kata Hitam itu warna..

Ah, nak explain pun aku tak reti.. Nak translate pun payah, high english.. Huhu..

Senang2, korang bace je la kat dua link ni..

[black vs white 1]

[black vs white 2]

Ok? Adiosaaa..

::::—————————-::::

P/S: Happy birthday to ME.. =)