Category Archives: Kesihatan

Post tentang kesihatan Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI)

Manjakan Kaki

Salam Sejahtera Pengunjung Semua.

Hari ni hari Sabtu, hari minggu. Mesti ramai yang berehat di rumah bersama keluarga tercinta. Tak kurang yang pergi bersiar-siar dan membeli-belah disebabkan anak-anak cuti hari ni. Yang bujang pula ada yang pergi mencari kerja di Career Fair – MCTF 11 , tak pun pergi cuci-cuci mata usha-usha barang komputer kat PIKOM PC Fair 2011. Tak kira ke mana pun hala tujuan anda hari Sabtu yang dingin (sebab kat sini hujan dari pagi tadi) ni, yang anda telah berjaya berjalan menggunakan kaki anda. Cerita yang aku nak samapiakan hari lebih kepada salah satu anggota penting pada tubuh kita iaitu kaki.

Sebenarnya tiada istilah anggota tubuh yang penting atau kurang penting kerana semua anggota tubuh kita dicipta dengan  tujuan yang penting, maka tubuh badan kita memang perlu dijaga dan diberi perhatian setiap masa. Nanti bila tubuh dan tak berfungsi dengan elok dan sempurna, bukan sahaja kita yang susah orang di sekeliling juga susah sama. Aku pilih kaki untuk dibincangkan hari ni sebab kaki ni anggota paling bawah (pada kedudukan tubuh manusia). Seperti yang kita sedia maklum, bumi kita ada tarikan graviti. Sesuatu yang berada jauh daripada permukaan bumi akan di tarik ke bawah dalam lingkungan graviti bumi. Begitu juga dengan manusia. Semua benda yang berada dalam sistem tubuh atau lebih tepat dalam darah akan ditarik ke bawah iaitu ke bahagian kaki. Kaki juga dikatakan penting kerana pada tapak kaki terdapat semua urat yang bersambung kepada bahagian-bahagian pada tubuh badan. Terdapat juga penyakit-penyakit berbahaya yang melibatkan kaki seperti kencing manis dan ghout. Persoalannya, sejauhmana kepentingan kaki kepada manusia? ^_^

Read the rest of this entry

Advertisements

Aku dah agak dah…

‘Khamis ni, kita buat ujian kecergasan’ kata-kata ringkas yang terpacul dari Micheal, lecturer subjek Jasmani dan Kesihatan. Sejurus tu budak-budak mula bersoseh-soseh kat belakang. ‘Ok, kita akan buat ujian lompat jauh, bergayut, bla…bla…Semua ni akan diambil markah dan merupakan 30% daripada markah akhir subjek’ sambung Micheal lagi. Dalam hati kecik aku berkata ‘aduyai, mau kena buat training kalau nak dapat markah baik untuk subjek ni’. ‘Ujian kemuncak lain tak bukan lari 2.4 km bawah 12minit’. ‘Alamak, ni lagi sakit. Kalau tak train aku pasti catatan masa terbaik aku akan jadi 15minit paling cepat’ getus hati kecik aku lagi. Nak tak nak training kena dijalankan.

Petang tu jugak aku turun tasik per***s*** buat training. Hari ni aku cuba push sebab tak banyak masa nak training. Untuk ujian khamis ni, cuma hari ni dan esok je boleh train. Tapi untuk lari 2.4 km ada la 3 minggu lagi. Habis jogging 1 round setengah + 1 round setengah berjalan itikpantas. Alhamdulillah selesai training sikit(tak la train pun sebenarnya) untuk hari ni.

Malam tu lepas mandi dan solat maghrib, kesakitan yang aku dah agah akan berlaku memang berlaku. Kesakitan tu terserlah terutama masa solat tadi. suara hati berkata ‘aku dah kata, tak yah training. Sekarang dah sakit sape yang susah, khau jugak. Ulang suara, KHAU jugak’. Peh c*l*k* punya hati jahat. Aku buat semua ni kerna nak dapat markah baik tau. Jangan nak hasut-hasut aku pulak supa tak melakukanya. Dengan hati yang cekal, aku meneruskan usaha ku. 3 ujian dah selesai, 3 lagi belum beserta dengan lari 2.4 km. Read the rest of this entry

Yeah!! I’m free..

Free..Percuma..Bebas..Merdeka..


Apa yang bebasnya baru naik semester baru?? Ni semua tak de kaitan dengan study. Kalau ada pun sedikit sangat kaitannya. Hal yang aku nak ceritakan ni lebih kepada titik gelap hidup aku suatu masa dulu (macam pengakuan dah bunuh orang la pulak ^_^) Read the rest of this entry

Tabiat lepas makan

Salam sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp.  Bertemu lagi kita dalam entri terbaru biliksebelah.wp. Makan..setiap manusia pasti akan makan untuk kelangsungan hidup. Tak dinafikan makanan merupakan tahap kedua untuk meneruskan survival hidup berbanding air yang lebih penting namun semasa manusia tidak berada dalam situasi survival, makanan@makan menjadi keperluan. Makan itu sendiri sudah menjadi habit@tabiat dalam kehidupan.sedar atau tidak selepas makan juga ada tabiat-tabiat@kebiasaan yang manusia-manusia sering lakukan. Antara kebiasaan tersebut merokok. Merokok menjadi kebiasaan kepada perokok-perokok selepas mereka makan. Kata perokok-perokok tegar ni, kalau lepas makan tak dapat ‘sepam dua’ rasa makan tu macam tak kenyang je. Betul ke? (tanya ku pada diri sendiri). Entah la, macam tak de effect apa-apa pun sebenarnya ^_^ Pendapat daripada seorang ex-smoker macam aku ni mungkin tak dapat diterima oleh para jemaah perokok sekalian. it’s up to you. Sebenarnya tabiat merokok lepas makan merupakan satu rangsangan untuk terus merokok kerana menurut Thorndike (kalau tak silap) makan menjadi stimuli kepada perokok, responnya perokok akan merokok setelah makan. opss..terlari isi karangan pula. Aku bukan nak mengulas pasal rokok sebenarnya. Read the rest of this entry

Lidah: lembut tapi tajam

Lidah: menurut Kamus Dewan

Bahagian di dalam mulut yang boleh digerak-gerakkan (digunakan sebagai alat untuk merasa, bercakap, menjilat dll)

Lidah: anatomi

Pada lidah terdapat tunas-tunas rasa. Spesifiknya pada hujung lidah terdapat tunas rasa manis , hujung kanan dan kiri lidah terdapat tunas rasa masin, kanan dan kiri lidah terdapat tunas rasa masam, pangkal lidah terdapat tunas rasa pahit manakala di tengah-tengah lidah terdapat tunas lidah yang agak umum. Read the rest of this entry

H1N1…

1042291_f520

memandangkan jiran sebelah kami iaitu IPGM Ilmu khas telah diserang oleh wabak H1N1,maka saya rse saya ptt menulis entri tentang tanda2 H1N1…bkannya apa,sebagai langkah berjaga2 ler katakan..

tanda2 anda dijangkiti H1N1..

Berikut adalah tanda-tanda anda telah dijangkiti H1N1..

1.) Badan rasa lemah, berat badan naik, dan tubuh bertukar pink.

2.) Hidung anda semakin ke depan dan lubang hidung anda meluas sebanyak 3 kali ganda.

3.) Telinga menjadi lebar, dan anda tidak dapat berhenti makan.

4.) Anda sentisa mengeluarkan bunyi seperti ‘oink oink’ atau ‘gruk gruk’.

5.) Hingus berwarna putih berlendir pekat sentisa keluar dari mulut anda.

6.) Taring mula keluar dan membesar dari rahang bawah, bagi lelaki sahaja.

7.) Anda mula memiliki ekor berpintal.

8.) Anda ingin berkubang sentiasa.

9.) Orang yang menyentuh anda terus pergi samak.

Jika anda memiliki tanda-tanda seperti di atas, cepatlah berjumpa dengan doktor haiwan terdekat atau jabatan pertanian yang dibuka 23 jam sehari.

p/s: fakta diperoleh drpd sumber2 yg buleh dipercayai ketipuannnye..hehe

hehe..main2 saja…

nie yang btul2  punyer

Tanda-tanda H1N1 : Virus Influenza A (H1N1) ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti ;

-demam
-batuk
-sakit tekak
-sakit badan
-pening kepala
-sejuk dan kelesuan
-cirit-birit dan muntah

so,kalau rse2  dah ada tanda2 diatas,segerelah pergi ke klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan yer..jangan tunggu smpai melarat…

Tak Payah La Bersukan!

Bila menyebut pasal sukan, ramai yang suka main bola kan? Ada yang main badminton la.. Ada yang main tenis la..

Aku? Aku memang tak minat bersukan.. Kalau main game bola tu, boleh la lagi nak minat.. Kalu tengok2 berita tentang sukan, aku suka tengok bile ada GGGGOOOOLLLLL!!! aje..

Ramai orang kata, dari tidur je, baik bersukan.. Pergi main bola petang2 kat padang.. Sukan tu lagi bagus, kuarkan peluh, badan sihat.. Hahaha.. Ya, memang ya sume tu betul.. Tapi kebaikan time tu aje.. Bukan kebaikan time tua karang.. Kenapa aku kata macam tu?

Read the rest of this entry

Kerja Gila!

Homer Running Home

Fuhh, korang percaya tak aku yang tak selalu jogging petang2, tak main bola (setakat beli but jer, tp simpan), dan tak senam pun mcm dalam TV, aku boleh masuk pertandingan lumba lari 4 x 400 meter tadi??

Gila la.. Read the rest of this entry

Berpeluh pagi-pagi..

Salam sejahtera kepada semua pengunjung biliksebelah.wp..jika anda tidak tahu di mana anda sekarang ini..saya boleh nyatakan bahawa anda bukan lagi berada dalam bilik anda..tetapi sekarang anda berada di bilik bersebelahan bilik anda tidak kira kanan atau kiri, depan atau belakang ^_^


mungkin mcm ni la masa tg wat senamrobik tadi (gambar hiasan)

Tadi tu cuma selingan je..tak de kena mengena pun..baiklah mari kita kembali kepada urusan kita hari ni..semalam dah cuti, hari sabtu pulak dah puas melompat-lompat kat hot .fm big jam dan hari ni dah mula ada kelas seperti biasa pula la..kebiasaannya pada hari isnin, kat tempat aku belajar akan diadakan satu perhimpunana mingguan..macam la kat sekolah dulu..nama pun nak jadi bakal guru, jadi kami perlulah membiasakan diri dengan jadual seperti ini..yang lebih menarik kelas aku merupakan pengelola perhimpunan mingguan pada kali ini..

Read the rest of this entry

Peliharaan…

Salam..bertemu lagi kita dalam entri baru yang aku ingin keselatanutarakan pada hari ini.. ^_^ setalah aku tenung@renungkan..aku perasan bahawa kita sebagai manusia ni ada kegemaran yang hampir sama..sedar atau tidak orang disekeliling kita gemar memelihara ‘sesuatu’..sesuatu yang mungkin kita sendiri tidak dapat dilihat oleh mata kasar.. ^_^ tetapi hari ni bukan la tujuan aku untuk berkongsi fakta berkaitan memelihara sesuatu yang tidak dapat dilihat, memelihara sesuatu yang ghaib tu bukan la perkara yang elok tetapi kadang-kala ianya mengikut tujuan seseorang juga..aku pernah dengar cerita orang-orang tua bahawa pemilik benda-benda ghaib ini memelihara sebagai pelindung tetapi kita seharusnya lebih percaya dengan yakin bahawa yang melindungi kita itu hanyalah Allah S.W.T ^_^

Read the rest of this entry