Category Archives: Merapu Post

Post merapu dari pengarang.. Maybe hal2 berkaitan pengarang, ataupun idealasi pengarang yang tidak berteraskan fakta mahupun teori.. JANGAN AMBIK SERIOUS!

(Idea Lucu) Cara Tidur Yang Berkesan!

Imej

1. Pejam Mata. Mesti kene pejam mata kalau nak tidur. Mana ada orang buka mata. kan?

2. Tengok Drama Melayu. Bila dah bosan, pasti ngantok.

3. Senaman Malam-Malam. Dah penat dan berpeluh, pasti senang tidur punyelah.

4. Tengok Cerita Hantu. Dah takut, apa lagi…. Ambil bantal, tutup muka, tido.

5. Buat Asignment atau Kerja Rumah Matematik. Bila dah blur, tidor la kaedah paling berkesan dan mujarab.

6. Mandi, Bukak Baju, Pasang Air-Cond, Jangan Selimut. Dah sejuk, mesti sedap tidur.

7. Dengar Ringtone Polyphonic atau Monophonic Handphone Anda. Pasti sawan dengar lagu tanpa suara lama-lama.

8. Tutup TV, Tutup Lampu, Duduk Kat Ruang Tamu. Dah gelap, panas, masuk tido lagi baek!

9. Duduk Sorang-Sorang Kat Dalam Bilik. Dah tak ada kojo, tido je lah. Buang maso.

10. Telan Panadol 10 biji. Tidur selamanya.

Advertisements

Bermula Semula

Salam Sejahtera kapada semua pembaca biliksebelah.wp

Setelah terbiar sekian lama blog ni, akhirnya aku terdetik untuk menulis semulad dalam ruangan maya ni. Mungkin selama ni aku dan yang lain-alain telah mensia-siakan ruangan ni, aku cuba yang terbaik untuk BERMULA SEMULA menyayangi blog yang telah sekian lama aku tinggalkan. Kali ni entri aku tiada fakta-fakta menarik yang ingin aku kongsi. InsyAllah akan datang aku akan selitkan sedikit informasi-informasi yang boleh kita kongsi bersama.

Setelah sekian lama dan nak bermula semula ni, aku nak ceritakan sedikit perkembangan pemilik-pemilik (bukan satu tapi tiga pemilik) biliksebelah.wp. Read the rest of this entry

Kehidupan Baru..

Assalamualaikum semua..~!!

Huh, lama giler la tak menulis.. Almaklumlah, kekurangan teknologi (line internet) untuk orang yang baru bekerja mmg tidak dinafikan.. hehe.. mana nak bayar duit sewa rmh lg, duit keta lg.. kan?

Ape pun, sekarang ni, aku sudah ada kehidupan baru.. Pejam celik, dah 8 bulan aku bekerja.. Sebagai Che’gu.. Hehe.. Dulu masa belajar, tak sabar nak habiskan.. Nak pegang duit sendiri.. Tapi skrg, rindu pulak nak belajar semula.. Tak payah fikir ape2.. No stress..

Read the rest of this entry

Hidup Segan Mati Tak Mahu

Haish..lama betul tak menulis dan mengupdate blog ni. Aku bukan tak nak update tapi… Ntah la, banyak sangat tugas-tugas yang nak kena buat.  Sebenarnya aku masih tak lupa pada blog ni. Hari -hari mesti klik, tap sekadar klik je la. Aku tak nak blog kesayangan ‘kami’ ni mati dulu. Biar la ianya terus hidup walau pun sebenarnya blog ni dah mati ^_^ yang masih sudi melawat terima kasih aku ucapkan. Blog yang dah mencecah usia 3 thaun ni kian ditinggalkan. Dah tak de isu-isu hangta yang dibualkan kat sini. Aku rasa sedih juga, tapi nak buat macam mana. Hari ni cuma tulisan picisan je, tak de isi yang mantap untuk diceritakan.

Tapi tak pe la, aku kupas sikit pasal tajuk.Hidup segan mati tak mahu. Biasa mak aku cakap peribahasa ni pada pokok-pokok je, tapi tak sangka hari ni boleh buat tajuk kat blog biliksebelah.wp sekaligus merujuk blog yang ‘hidup segan mati tak mahu ni’.

Haish..tak pe, aku cuba rajinkan diri (ayat dari berbulan-bulan @ bertahun-tahun dulu lagi akau guna) untuk terus menulis. Apa-apa pun, aku nak congrat penyokong dan pasukan Spain kerna berjaya menjuarai piala dunia 2010. Mungkin tu je isu semasa yang boleh aku masukkan buat masa ni.

***sekian***

TERIMA KASIH DAUN KELADI, LAIN KALI BACA LAGI ^_^

aku bau hujan..

Guruh berdentum 2 3 kali dah kat luar..harap2 malam ni hujan lebat2..tapi sebelum tido nak kena siapkan keje dl..esok ade 2 3 presentation..cepat siapkan keje avataraang, jangan nak menaip je..

SURPP..men’sipping‘ teh kat sebelah lengan kiri sambil berfikir..^_^

Tapi nak wat power point presentation kena taip jugakkan ^_^..oooh..aku terlupe, esok presentation gne transparency jah..dah avataraang cepat amik marker pen tulis cepat2..avataraang wat bahan, esok kawan-kawan tolong present..^_^ terbaek dari ladang..

‘hujan makin dekat, bau makin kuat, guruh makin cepat’

***sekian***

Tournament Traditional Games

FUHHH!!..

letih masih melekat dalam diri. Alhamdulillah..selesai jugak tournament traditional games kali ke 53..seiring dengan kemerdekaan Negara MalayAsia. Walaupun aku bukan perserta yang tergolek-golek bertanding, tapi keletihan sebagai pegawai pemerhati sangat la tidak terperi letihnya. Kalau jadi peserta lagi tak tau tahap berapa tangga gaji kepenatan mereka ^_^. Sekali lagi aku mendakikanmemanjatkan kesyukuran berjaya jugak tournament ni dilangsungkan. Read the rest of this entry

Mula dari atas..atau dari bawah..mana yang best?

Aku mintak maaf..rasa tangan gatal nak update blog ni..tapi tak tau nak tulis apa atau nak mula dari cerita yang mana..aku cuba organise semula cerita-cerita aku tu dan cuba buat entri yang terbaik untuk pembaca..hehe..

p/s: yes..ter’update’ jugak blog ni..hehehe ^_^

Sebulan Sudah

Esok dah hari jumaat. Kejap je rasa hari berlalu. Dalam sedar atau tak berapa sedar dah sebulan aku naik semester baru. Sis Zahra pun sama jugak, bro BilikSebelah pulak dah sebulan lebih jugak tinggalkan blog ni tanpa sebarang tinggal jejak. Dalam sempat tak sempat, hari terkomen kat mukabuku(FB) bro BilikSebelah. Kata dia, dia ok je dengan tugasan yang dah dipikul cuma tenet je tak dapat nak guna kat sana. Tenet sekolah je blh, kat rumah tak masuk tenet lagi. Tak pe la, aku tak mengharap bro dapat luangkan banyak masa dia kat blog ni lagi. Mungkin satu hari nanti dia akan teringat blog ni dan mahu meneruskan penulisan beliau kat sini ^_^ tugas aku kena jaga blog yang telah beliau terbitkan ni. Aku pun sayang blog ni jugak sebab blog ni la aku agak rapat dengan bro BilikSebelah, sis Ixora, bro Bat dll lagi.

Dalam sebulan ni jugak aku cuba naikkan semula blog yang dah bersawang-sawang ni untuk mencapai hit dalam blog popular pada dashboard wordpress. Walaupun blog ni mengesot perlahan-lahan,tapi berjaya jugak duduk dalam top 100 blog of the day ^_^. Hit hari-hari pun tak  kurang 150 hit. Terima kasih aku ucapkan kepada semua pengunjung yang regular mahupun yang sekali-sekala. Read the rest of this entry

Tag Pecah Rahsia

Kepada kak nurnana yang baik hati mengtag aku, aku ucapkan trimas! hehe.. kak nana siap infrom kat facebook, aduhai.. jadi wajiblah aku membuatnya bagi kepuasan kak nana (kang dia tak nak tag lagi, baru tau.. hehe)

———-xoxo———–

1. Apakah yang anda lakukan 30 minit yang lalu?

-Baring2.. hari ni tak ada mood..

———-xoxo———–

2. 2 jam yang lalu?

-Tunggu berbuka puasa..

———-xoxo———–

3. Minggu lepas?

-Pergi sekolah, balik tidor, bangun berbuka, malam tidor.. yes!

———-xoxo———–

4. Tiga lagu yang anda boleh dengar berulang kali?

a. lagu Negaraku

b. lagu Raya

c. lagu selamat hari jadi

———-xoxo———–

5. 3 binatang yang anda tidak suka?

a. Mak Menti

b. Cik Li

c. Kucheng Read the rest of this entry

Guru Perang!

—————————-

Mengajar itu bagai berperang..

Guru adalah panglima..

Murid2 adalah pengikutnya..

Read the rest of this entry