Category Archives: Pengarang

Pengumuman, pemberitahuan dan perkongsian informasi tentang pengarang blog “Dari Bilik Sebelah”

Hikayat Kancil

Kancil…

Tiap-tiap hari aku terserempak dengannya. Bukan suatu perkara yang mustahil untuk bersua dengan kancil sekarang ni. Kancil yang dahulunya orang biarkan sahaja berkeliaran di rimba raya namun kini menjadi tunggang setiap manusia. Ada yang ke hulu, ada yang ke hilir dengan menunggang kancil. Walaupun saiznya kecil, tidak menjadi masalah untuk seseorang yang bersaiz badan seperti badang dan bujal untuk menunggang kancil.

Read the rest of this entry

Manjakan Kaki

Salam Sejahtera Pengunjung Semua.

Hari ni hari Sabtu, hari minggu. Mesti ramai yang berehat di rumah bersama keluarga tercinta. Tak kurang yang pergi bersiar-siar dan membeli-belah disebabkan anak-anak cuti hari ni. Yang bujang pula ada yang pergi mencari kerja di Career Fair – MCTF 11 , tak pun pergi cuci-cuci mata usha-usha barang komputer kat PIKOM PC Fair 2011. Tak kira ke mana pun hala tujuan anda hari Sabtu yang dingin (sebab kat sini hujan dari pagi tadi) ni, yang anda telah berjaya berjalan menggunakan kaki anda. Cerita yang aku nak samapiakan hari lebih kepada salah satu anggota penting pada tubuh kita iaitu kaki.

Sebenarnya tiada istilah anggota tubuh yang penting atau kurang penting kerana semua anggota tubuh kita dicipta dengan  tujuan yang penting, maka tubuh badan kita memang perlu dijaga dan diberi perhatian setiap masa. Nanti bila tubuh dan tak berfungsi dengan elok dan sempurna, bukan sahaja kita yang susah orang di sekeliling juga susah sama. Aku pilih kaki untuk dibincangkan hari ni sebab kaki ni anggota paling bawah (pada kedudukan tubuh manusia). Seperti yang kita sedia maklum, bumi kita ada tarikan graviti. Sesuatu yang berada jauh daripada permukaan bumi akan di tarik ke bawah dalam lingkungan graviti bumi. Begitu juga dengan manusia. Semua benda yang berada dalam sistem tubuh atau lebih tepat dalam darah akan ditarik ke bawah iaitu ke bahagian kaki. Kaki juga dikatakan penting kerana pada tapak kaki terdapat semua urat yang bersambung kepada bahagian-bahagian pada tubuh badan. Terdapat juga penyakit-penyakit berbahaya yang melibatkan kaki seperti kencing manis dan ghout. Persoalannya, sejauhmana kepentingan kaki kepada manusia? ^_^

Read the rest of this entry

Kehidupan Baru..

Assalamualaikum semua..~!!

Huh, lama giler la tak menulis.. Almaklumlah, kekurangan teknologi (line internet) untuk orang yang baru bekerja mmg tidak dinafikan.. hehe.. mana nak bayar duit sewa rmh lg, duit keta lg.. kan?

Ape pun, sekarang ni, aku sudah ada kehidupan baru.. Pejam celik, dah 8 bulan aku bekerja.. Sebagai Che’gu.. Hehe.. Dulu masa belajar, tak sabar nak habiskan.. Nak pegang duit sendiri.. Tapi skrg, rindu pulak nak belajar semula.. Tak payah fikir ape2.. No stress..

Read the rest of this entry

Hidup Segan Mati Tak Mahu

Haish..lama betul tak menulis dan mengupdate blog ni. Aku bukan tak nak update tapi… Ntah la, banyak sangat tugas-tugas yang nak kena buat.  Sebenarnya aku masih tak lupa pada blog ni. Hari -hari mesti klik, tap sekadar klik je la. Aku tak nak blog kesayangan ‘kami’ ni mati dulu. Biar la ianya terus hidup walau pun sebenarnya blog ni dah mati ^_^ yang masih sudi melawat terima kasih aku ucapkan. Blog yang dah mencecah usia 3 thaun ni kian ditinggalkan. Dah tak de isu-isu hangta yang dibualkan kat sini. Aku rasa sedih juga, tapi nak buat macam mana. Hari ni cuma tulisan picisan je, tak de isi yang mantap untuk diceritakan.

Tapi tak pe la, aku kupas sikit pasal tajuk.Hidup segan mati tak mahu. Biasa mak aku cakap peribahasa ni pada pokok-pokok je, tapi tak sangka hari ni boleh buat tajuk kat blog biliksebelah.wp sekaligus merujuk blog yang ‘hidup segan mati tak mahu ni’.

Haish..tak pe, aku cuba rajinkan diri (ayat dari berbulan-bulan @ bertahun-tahun dulu lagi akau guna) untuk terus menulis. Apa-apa pun, aku nak congrat penyokong dan pasukan Spain kerna berjaya menjuarai piala dunia 2010. Mungkin tu je isu semasa yang boleh aku masukkan buat masa ni.

***sekian***

TERIMA KASIH DAUN KELADI, LAIN KALI BACA LAGI ^_^

karnival kraf jalan conlay

courtesy: http://www.kraftangan.gov.my/hkk/

Hari ni Pak Kasim dan Cik Bunga bangun awal pagi. Mana taknya semalam diorang dah berpakat nak kuar berasmara dana hari ni. Semalam Pak Kasim memberi pesan menggunakan poskan pada Cik Bunga melalui posmen kecil@ayu dengan bayaran sebanyak dua posen. Posmen tak berdaftar pun kena bayar dua posen, mau bankrap getus hati kecil Pak Kasim. Dalam poskad Pak Kasim dengan gambar pokok getah kebun Ah Seng yang Pak Kasim tangkap sendiri guna kamera DSLR jenama ninon, Pak Kasim menyatakan hasrat ringkasnya bersiar-siar di Bandar Kuala Lumpur esok. Balasan poskad dari Cik Bunga beliau bersetuju danmahu bertemu di pohon kasturi belakang rumah Nur Amani.

Berkayuh Pak KAsih menuju pohon kasturi yang dijanjikan, tapi Pak Kasim belum nampak kelibat Cik Bunga pada pohon tersebut. 5 minit penuh kesabaran Pak Kasim menunggu baru Cik Bunga tiba. Perjalanan diteruskan ke stesen LRT terdekat. Cik Bunga kata nak gi Karnival Jom Kecoh kat Lembah Jalil. Pak Kasim layan je. Cik Bunga kat dia tak pernah sampai Karnival tu lagi. Sampai je kat sana xsampai setengah jam, Cik Bunga dah ajak balik, alasan beliau nak panas terik melayukan bunga yang terselit pada telinganya. Pasni Cik Bunga kata nak gi pasar tengah kat tengah-tengah Kuala Lumpur pula, Pak Kasim layan lagi. Read the rest of this entry

Aku datang, Aku pergi..

copy dari mumu-msr.blogspot.com

Salam..

Maaflah kepada semua terutama kepada Avatar dan Zahra.. Sebab dah lama sangat aku tak tulis pape.. Memang aku sibuk banyak, bukan sikit.. Lagipun internet masih belum dipasang di rumah sewa ku.. Tunggu la bulan 3, Streamyx mari.. hehe..

Kepada yang nak tau, atau yang tak tahu lagi, aku sudah dipostingkan sebagai guru di sebuah sekolah di kawasan Sungai Tiram, area Ulu Tiram berdekatan dengan JB, Kota Tinggi dan Pasir Gudang.. Mmg serius, sebelum ni aku tak pernah dengar pun daerah Ulu Tiram ni.. Nama lagi Ulu kan.. Hehe.. Sama la macam rumah aku, dekat dengan ULU YAM.. Read the rest of this entry

aku bau hujan..

Guruh berdentum 2 3 kali dah kat luar..harap2 malam ni hujan lebat2..tapi sebelum tido nak kena siapkan keje dl..esok ade 2 3 presentation..cepat siapkan keje avataraang, jangan nak menaip je..

SURPP..men’sipping‘ teh kat sebelah lengan kiri sambil berfikir..^_^

Tapi nak wat power point presentation kena taip jugakkan ^_^..oooh..aku terlupe, esok presentation gne transparency jah..dah avataraang cepat amik marker pen tulis cepat2..avataraang wat bahan, esok kawan-kawan tolong present..^_^ terbaek dari ladang..

‘hujan makin dekat, bau makin kuat, guruh makin cepat’

***sekian***

Alhamdulillah…tahniah

Setelah berpecah kepala memikir cara penyusunan terbaik untuk entri baru dapat juga aku mengupdate dengan entri yang lebih bermakna. Jadi aku buat keputusan nak mula dari bawah sebab aku rasa tanpa di bawah pastu tiada di atas ^_^ Alhamdulillah dapat juga aku pulang berhujung minggu untuk menghabiskan cuti 3 hari aku. Dapat juga la aku berjumpa mak ayah dan adik-adik. Read the rest of this entry

Sebulan Sudah

Esok dah hari jumaat. Kejap je rasa hari berlalu. Dalam sedar atau tak berapa sedar dah sebulan aku naik semester baru. Sis Zahra pun sama jugak, bro BilikSebelah pulak dah sebulan lebih jugak tinggalkan blog ni tanpa sebarang tinggal jejak. Dalam sempat tak sempat, hari terkomen kat mukabuku(FB) bro BilikSebelah. Kata dia, dia ok je dengan tugasan yang dah dipikul cuma tenet je tak dapat nak guna kat sana. Tenet sekolah je blh, kat rumah tak masuk tenet lagi. Tak pe la, aku tak mengharap bro dapat luangkan banyak masa dia kat blog ni lagi. Mungkin satu hari nanti dia akan teringat blog ni dan mahu meneruskan penulisan beliau kat sini ^_^ tugas aku kena jaga blog yang telah beliau terbitkan ni. Aku pun sayang blog ni jugak sebab blog ni la aku agak rapat dengan bro BilikSebelah, sis Ixora, bro Bat dll lagi.

Dalam sebulan ni jugak aku cuba naikkan semula blog yang dah bersawang-sawang ni untuk mencapai hit dalam blog popular pada dashboard wordpress. Walaupun blog ni mengesot perlahan-lahan,tapi berjaya jugak duduk dalam top 100 blog of the day ^_^. Hit hari-hari pun tak  kurang 150 hit. Terima kasih aku ucapkan kepada semua pengunjung yang regular mahupun yang sekali-sekala. Read the rest of this entry

berKOMUNITI bersama BLOGGER

Ada perasan ape-ape perubahan kat blog ni? Macam biasa je? Memang pun tak de ape yang drastik sangat berubah. Macam biasa, boring tengok theme lama aku pi tukar theme baru. Dulu keje tukar-menukar theme ni keje bro Biliksebelah je. Tapi sekarang tak lagi, kalau aku tak tukar gayanya samapai tahun depan la themenya macam tu jugak. Aku tak cite sangat pasal theme ni sebab ni cuma the percuma je. Aku tak la hebat sangat nak buat coding untuk custom theme.

Aku nak cite pasal gambar budak comel kat sebelah bar sebelah kanan tu. Aku pasti korang semua boleh baca ape yang tertulis pada signboard yang dak kecik tu pegangkan. Yes..that true.aku ahli komuniti blogger. (dalam hati, benda kecik macam ni pun nak bangga). Aku bukan dibayar untuk mengiklan semua benda ni, cuma nak ajak-ajak la sape-sape yang rajin berkomuniti ni. Ye la orang sekarang ni semuanya rajin berkomuniti. Apa buktinye? Tengok je la, asal ade benda yang sama contoh macam motosikal, kereta, atau minat ape-ape pun mesti ade tertubuhnya kelab-kelab atau persatuan-persatuan. Jadi why not aku pun masauk la komuniti blogger(KB) ni. Lagi pun aku dipaksaajak admin yang agak bersungguh-sungguh. Aku pun kenal si admin KB ni sebab tu la aku layankan je ajakan dia.

ni bukan FB tapi KB..

Ni aku citekan serba sedikit la pasal KB ni. Features laman ni macam biasa-biasa je. Nak kata terlalu special pun tak la sangat. KB masih baru lagi, terla terbit lebih kurang pada 01/01/10.  Masih tidak ramai ahli, baru plus minus 40 orang. Macam biasa, kalau kelab-kelab yang kita join mesti kita harap ade aktiviti yang dijalankan. Buat masa ni pertemuan secara fizikal masih belum terancang lagi, macam biasa masih lagi dalam pertemuan maya sahaja. Terdapat contest-contest yang boleh disertai oleh member KB dengan hadiah yang boleh la. Contohnye yang sedang berlangsung sekarang hingga 31/01/10 adalah mereka logo KB dan mereka tagline KB dengan hadiah yang disediakan adalah satu domain percuma untuk satu tahun. Interface bagi KB juga ala-ala FB. Insyallah korang boleh faham macam mane nak guna interfacenye. Lain-lain features aku tak tau nak cakap lagi, kalau nak tau tengok la sendiri. klik la kat gambar budak comel tu atau kat sini Komuniti Blogger.

Jadi sekarang aku dah habis buat khidmat pesanan komuniti dari biliksebelah.wp.

‘Aku sudah, anda bila lagi’

‘Marilah Kita Bersama-sama Memeriahkannya’

p/s: mr.biliksebalah n zahra..ringan-ringankan la tangan mendaftarkan diri..hehehe ^_^

***sekian***