Manjakan Kaki

Salam Sejahtera Pengunjung Semua.

Hari ni hari Sabtu, hari minggu. Mesti ramai yang berehat di rumah bersama keluarga tercinta. Tak kurang yang pergi bersiar-siar dan membeli-belah disebabkan anak-anak cuti hari ni. Yang bujang pula ada yang pergi mencari kerja di Career Fair – MCTF 11 , tak pun pergi cuci-cuci mata usha-usha barang komputer kat PIKOM PC Fair 2011. Tak kira ke mana pun hala tujuan anda hari Sabtu yang dingin (sebab kat sini hujan dari pagi tadi) ni, yang anda telah berjaya berjalan menggunakan kaki anda. Cerita yang aku nak samapiakan hari lebih kepada salah satu anggota penting pada tubuh kita iaitu kaki.

Sebenarnya tiada istilah anggota tubuh yang penting atau kurang penting kerana semua anggota tubuh kita dicipta dengan  tujuan yang penting, maka tubuh badan kita memang perlu dijaga dan diberi perhatian setiap masa. Nanti bila tubuh dan tak berfungsi dengan elok dan sempurna, bukan sahaja kita yang susah orang di sekeliling juga susah sama. Aku pilih kaki untuk dibincangkan hari ni sebab kaki ni anggota paling bawah (pada kedudukan tubuh manusia). Seperti yang kita sedia maklum, bumi kita ada tarikan graviti. Sesuatu yang berada jauh daripada permukaan bumi akan di tarik ke bawah dalam lingkungan graviti bumi. Begitu juga dengan manusia. Semua benda yang berada dalam sistem tubuh atau lebih tepat dalam darah akan ditarik ke bawah iaitu ke bahagian kaki. Kaki juga dikatakan penting kerana pada tapak kaki terdapat semua urat yang bersambung kepada bahagian-bahagian pada tubuh badan. Terdapat juga penyakit-penyakit berbahaya yang melibatkan kaki seperti kencing manis dan ghout. Persoalannya, sejauhmana kepentingan kaki kepada manusia? ^_^

Jadi, sebagai tuan kepada tubuh badan aku cuba yang terbaik manjakan semua anggota tubuh badan aku. Cerita pasal manjakan kaki, cara aku yang biasanya lakukan adalah dengan pergi foot massage. Foot massage ni pun aku buat cuma masa-masa poket tengah berisi je. Tak berkemampuan nak pergi foot massage ni selalu sebab memakan kos yang tinggi. Jadi kalau tak nak guna banyak kos apa nak buat. Kaki kena manjakan juga sebab tiap-tiap hari kita guna kaki. Lagi-lagi kalau kerja yang memerlukan seseorang berdiri dalam tempoh yang lama seperti seorang guru, pensyarah mahupun promoter. Langkah jimat dan hanya memerlukan kerajinan adalah dengan merendam kaki di dalam air suam. Tak perlu kos yang tinggi cuma perlu masak air dan adjust suhu air tu ikut kepanasan yang kaki anda rasa selesa. Kalau nak rajin lagi tabur sedikit garam untuk membersihkan kaki tu. Cara aku rendam kaki cuma 10 minit setiap sesi (dah macam terapi je). Lepas 10 minit aku gosok bawah jari dan bahagian tumit dengan berus plastik supaya hilang kekotoran pada kaki. Lepas tu aku rendam semula dalam 2-3 minit. Aku tak tau ada atau tak jangkamasa yang perlu kita ikut untuk rendam kaki ni tapi kat sini aku cerita cara yang aku lakukan.

Aku ada juga buat sedikit kajian (guna google je) dan menemui beberapa kebaikan merendam kaki dengan air suam ni. Aku cedok terus dari blog yang aku jumpa tu, Blog tu guna bahasa Indonesia tetapi mudah untuk difahami (bahana malas nak translate)

Ternyata air pun bisa dijadikan terapi kesehatan. Memasukkan air ke dalam air hangat maupun dingin selama beberapa menit, diyakini mampu memberikan stimulan untuk penyembuhan penyakit. Setidaknya ada tiga tips yang dikutip dari situs kapan lagi mengenai metode ini.

Flu dan Sakit Kepala
Merendam kaki dalam air hangat dapat membantu menyembuhkan flu dan sakit kepala dan juga menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukan air hangat secukupnya dalam bak sampai menutupi kaki dan pergelangan kaki tambahkan beberapa tetes minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Setelah selesai basuh dengan air dingin. Lakukan selama 10-20 menit.

Insomnia
Sulit tidur memang menjengkelkan. Anda bisa mengatasi ini dengan merendam kaki dalam air dingin. Masukan kaki sampai kaki merasa dingin. Pengobatan ini juga berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, flu, dan sembelit.

Sirkulasi Darah
Masalah sirkulasi dapat diatasi dengan secara bergantian memasukkan kaki ke dalam air hangat dan air dingin. Mulai dengan merendam kaki selama satu atau dua menit dalam air hangat, kemudian 30 menit dalam air dingin. Lakukan selama 15 menit kemudian diselesaikan dengan air dingin

courtesy: liputan one

Oleh itu, demi menjaga anugerah yang telah dikurniakan oleh Ilahi kepada manusia, jangan kita berasa malas untuk menjaganya dengan baik. Jangan manjakan orang tersayang je, manjakan juga kaki kita dan anggota tubuh yang lain. Segala kesilapan boleh diperbetulkan.

***Sekian Dahulu***

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on April 16, 2011, in Kesihatan, Pengarang. Bookmark the permalink. 3 Komen.

  1. tekan butang like….hehehehe ^_^

  2. hehe…insya Allah arep…akan rean cbe..malas betul nak manjakan diri sendiri ni..hehe ^_^

Tinggalkan komen