Hikayat Kancil

Kancil…

Tiap-tiap hari aku terserempak dengannya. Bukan suatu perkara yang mustahil untuk bersua dengan kancil sekarang ni. Kancil yang dahulunya orang biarkan sahaja berkeliaran di rimba raya namun kini menjadi tunggang setiap manusia. Ada yang ke hulu, ada yang ke hilir dengan menunggang kancil. Walaupun saiznya kecil, tidak menjadi masalah untuk seseorang yang bersaiz badan seperti badang dan bujal untuk menunggang kancil.

Cukup sudah aku mengarut. Kancil yang aku maksudkan bukan binatang kancil tapi kereta kancil. Kereta kancil sudah pun ditamatkan pengeluarannya. Ada yang 660 cc dan ade yang 850 cc. Memang padan dengan kecomelannya, kuasa enjin yang dimiliki juga tidak begitu besar. Kereta kancil ni sering dijadikan kereta kedua atau kereta yang digunakan untuk perjalanan yang berjarak dekat. Tetapi tak dinafikan kereta kancil juga berfungsi sebagai kereta utama kepada pelajar-pelajar dan pengguna yang bekerja di kawasan sesak seperti Kuala Lumpur. Kereta kancil sangat efisyen dalam penggunaan petrol dan kos penyelengaraan yang tidak membebankan.

Cukup sudah, aku mengarut lagi. Aku hari ni bukan nak cerita pasal kereta kancil. Aku cuma teringat zaman kecil aku. Kalau pagi sabtu ahad (tapi kadang hari isnin sampai jumaat) aku sering tertunggu-tunggu dengan animasi yang disiarkan di RTM 1 atau RTM 2. Animasi yang penuh berinformasi tetapi bukan cerita Kluang Man atau Dragon Ball Z. Cerita animasi yag lebih lama daripada itu. Cerita mengenai kebijaksaan hidupan di hutan. Lain tak bukan sang Kancil. Walaupun animasi yang hanya berdurasi kurang 15 minit tetapi aku sering tertunggu-tunggu untuk menontonnya. Cerita yang pendek dan manis (short and sweet). Dah lama sangat aku tak tengok cerita animasi tu. Entah macam mana, beberapa minggu yang lepas aku tertengak rancangan tak tau apa di RTM 1 yang menceritakan sejarah RTM ni. Ada satu slot mengenai Hikayat Sang Kancil dan penghuni-penghuni hutan yang lain. Cari punya cari, terjumpa kat YOUTUBE. Pada aku cerita ni amat terkesan sebab bila betul-betul dihayati mesej yang ingin disampaikan sangat bermakna apabila difahami. Jadi aku nak kongsi bersama dengan anda semua cerita yang aku te;ah tonton satu ketika dahulu. Pada aku animasi seperti ini patut diperbanyak namun usaha seperti animasi upin & ipin patut dibagi kredit juga.

***sekian sahaja***

mari menonton bersama-sama

About avataraang

happy go lucky person baru je nak menjinak2kan diri dlm bidang blog memblog

Posted on April 18, 2011, in Budaya, Ilmu, Pengarang, Video. Bookmark the permalink. 4 Komen.

  1. ye…sy pon slalu tetunggu2 animasi ini mase kecik2 dlu…rase nostalgia je dpt tgk lagi…heh

  2. perghh…. mmg cite faveret time kecik tuh… hehe…

  3. Bulan november ni pun akan ada cerita Sang Kancil dalam 3D!!! Keluar kat channel astro 114 (tv-alhijrah) cuba tengok website dia http://www.facebook.com/padazamandahulu
    kena naikkan cerita hikayat!

Tinggalkan komen