Laman Lucah!?

PUTRAJAYA: Kakitangan awam yang mengakses laman web yang tidak berkaitan dengan bidang tugas pada waktu kerja menggunakan komputer di pejabat akan dikenakan tindakan oleh ketua jabatan masing-masing.

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) kini mempunyai perisian khas untuk mengesan komputer pejabat yang melayari laman web lucah, memuat-turun lagu dan menghantar emel peribadi.

Timbalan Ketua Pengarah Mampu, Mahat Bahari, berkata pihaknya akan menghantar laporan penggunaan penyalahgunaan komputer pejabat itu kepada ketua jabatan untuk tindakan lanjut.

Katanya, kerajaan sudah memperketat garis panduan penggunaan kemudahan teknologi komunikasi maklumat tahun lalu dan semua kakitangan awam tahu mengenai perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dengan komputer pejabat.

“Mampu mengingatkan semua kakitangan awam yang masih mengakses internet untuk tujuan peribadi supaya menghentikan perbuatan mereka kerana kita sudah mengeluarkan banyak amaran.

“Kita boleh mengesan perbuatan mereka dan jika anda dikenakan tindakan secara tiba-tiba, jangan salah ketua jabatan,” katanya di sini, semalam.

Mahat berkata, semua kakitangan awam mempunyai kata kunci untuk mengakses internet dan Mampu boleh mengesan laman web yang dikunjungi menerusi pelayan kerajaan dengan menggunakan perisian khas.

Katanya, semua rekod penting seperti lokasi laman web, pelayan laman web, masa akses, tempoh akses dan pengguna internet itu disimpan oleh perisian Mampu walaupun komputer terbabit sudah dipadam oleh kakitangan terbabit.

Beliau berkata, kerajaan tidak mahu kakitangan awam menggunakan komputer semasa waktu pejabat bagi memuat-turun lagu atau mengunjungi laman web lucah atau kegunaan peribadi kerana perbuatan itu tidak membantu meningkatkan sistem penyampaian awam.

“Selain perisian mengesan laman web Mampu, kita menggalakkan jabatan atau kementerian memasang perisian jabatan mereka sendiri untuk menghalang kakitangan mereka daripada mengakses laman web yang tidak berkaitan dengan bidang pengkhususan jabatan.

“Beberapa jabatan sudah memasang perisian tapisan ini terutama bagi menghalang akses ke laman web lucah,” katanya.

Mahat berkata, Mampu juga sudah membangunkan perisian penapisannya sendiri untuk digunakan agensi kerajaan dan ketua jabatan. Pihak yang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sistem itu boleh menelefon 03-8888 1199.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan 20 peratus kakitangan kerajaan Johor didapati mengakses internet pada waktu pejabat hingga mengakibatkan sistem komputer perlahan dan melambat proses kerja.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datin Paduka Norsiah Harun mengatakan kebanyakan kakitangan berkenaan memuat-turun gambar atau lagu, permainan komputer dan mengunjungi laman web lucah.

Mahat berkata, masalah itu boleh diatasi jika kerajaan negeri memasang perisian tapisan.

(SUMBER: BHARIAN, 26 MAY 2006) Courtesy: Kem. Penerangan M’sia

 

Bagus jugak kan kerajaan kita ni, satu langkah yang berkesan..

Ehem2, apa perspektif anda?? Terutama yang terlibat.. (“,)

Posted on April 24, 2007, in Semasa. Bookmark the permalink. 6 Komen.

  1. Memang patut pun. Nampak gayanya kerajaan dah merubah dasar. kalau dulu, kerajaan kurang menapis ‘natang2’ ni kerana memberi peluang kepada rakyat untuk menilai buruk dan baiknya sendri…

    “Ilmu Tiada Batasan”

  2. (ibnuimam) : Terima kasih diatas komen anda, br skarang Mr.BS tahu yang dulu2 krajaan saja xnk @ kurang mnapis benda2 mcm ni…

  3. Satu langkah bijak. Perlunya rakyat tahu menilai baik buruknya melayari laman-laman lucah. Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah negara maju, perlunya pemikiran kelas pertama diterapkan di dalam minda rakyat Malaysia. Tambahan pula sebagai seorang yang beragama Islam, perlunya iman dan ketakwaan yang kuat bagi mengelakkan daripada terjebak ke dalam perkara sebegini.

    “Ilmu adalah Kuasa”

  4. haha.. pandai la hangpa cakap.. Nanti sampai masa, hangpa pun akan rasa teringin gak.. tengok la nanti.. Apa2 pun, semua ni depend pd diri sendiri.. Bak kata org “TAK SALAH KALU NAK BLAJAR”.. so, fikir2 kan la.. Web lucah x salah, yg salah tu individu sendiri. Tgk time la nak layan pun n banyak2 kan bermotivasi kan diri.. haha.. adios!!

  5. Mr.Bilik Sebelah

    @KAJ8492: Falsampah mana hang pakai ni oi? Jangan marah aa… Hmm, sume lelaki bernafsu.. Jika ikut statistik, 98% lelaki dan 79% perempuan pernah tengok cerita 18sx..

  6. kat ner ko dpt statistik tu?

Tinggalkan komen